Oleh Zolkharnain Abidin Al-Abyadhi
1. Apabila non muslim berbuka puasa bersama orang Islam, kita kata tak boleh, mereka ada agenda lain. Mereka ada agenda tersirat utk persendakan Islam melalui acara makan bersama kita.2. Apabila non muslim masuk masjid, kita kata tak boleh, mereka ada tujuan tak baik. Mereka nak kembangkan agama mereka melalui rumah ibadat kita. Rumah ibadat kita hanya untuk kita.
3. Apabila non muslim tulis buku, kita kata tak boleh, ini tindakan
bahaya, kena ambil tindakan undang-undang. Mereka cuba mempengaruhi
orang Islam melalui buku agar menerima agama penulis buku itu.
4. Apabila non muslim jadi ketua kerajaan dengan baik dan amanah, kita kata tak boleh, awas, ini rancangan jangka panjang mereka utk jadikan negara ini pangkalan Kristian di rantau ini. Mereka tak boleh dibiarkan dan mesti ditentang.
5. Kita orang Islam macam mana dan mahu apa sebenarnya? Tengokkan gaya pakai serban dan jubah, nampak kuat benar Islamnya. Tengokkan kelulusan, ada PhD. Tengokkan FB asyik posting tentang hadis dan al-Quran.
6. Tengokkan masjid, besar dan indah. Tengokkan maahad tahfiz, ada beribu-ribu buah. Tengokkan huffaz, ada ratusan ribu orang. Dengarkan takbir, macam nak runtuh langit. Tengokkan dahi, hitam kesan sujud. Tengokkan hanggukan zikir, kalah burung belatuk.
7. Tiba-tiba non muslim ikut majlis berbuka puasa, tulis buku, masuk masjid, jadi ketua menteri, kita dah gabra dan hilang punca. Ke hulu tak kena, ke hilir tak selesa. Lihatkan gaya, hebat sangat. Nampak sembang, kitalah pejuang Islam ...!
8. Kita ni macam mana dan mahu apa? Lemah benarkah iman kita? Bodoh benarkah akal kita?
Sengkek benarkah ilmu kita, sehingga setelah kita menjadi orang Islam, hidup dalam negara Islam, tiba-tiba kita gabrakan orang Kristian dalam negara ini yang cuma 9% itu? Apa lagi yg kita belum ada?
9. Aku rasa malu menjadi muslim yg hidup dalam kalangan orang Islam yg melihat daun pisang dalam samar-samar, didakwanya hantu pocong. Padahal non muslim dalam negara ini adalah saudara, rakan, jiran, bos, guru, pensyarah, anak murid, rakan niaga, tempat minta hutang duit, mekanik dan bla bla bla ...!
10. Paling pelik, orang yg mengaku ahli akademik, mengaku ulama, mengaku pejuang yg sepatutnya mengajar orang ramai menjadi rasional dan positif, tapi sayang, dia pula yg jadi tukang heboh, di sana ada pocong, di sana ada pocong, padahal itu daun pisang bergoyang saja.
11. Betullah kata Dr Mujahid, hidup di Malaysia, menjadi Melayu susah, menjadi muslim lagi susah. Habis tu, bagaimana?

0 comments:
Catat Ulasan