SHAH ALAM: Meskipun bersetuju mengadakan pemilihan semula
Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) hari ini, Setiausaha Agung DAP Lim
Guan Eng tetap menyiasatkan arahan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan
Malaysia (JPPM) tidak masuk akal dan menganiayai parti.
Lim berkata parti bagaimanapun akur dengan arahan itu sekaligus mematuhi undang-undang.
“Kita berada di sini hari ini untuk satu sebab sahaja iaitu kerana
JPPM telah memaksa kita mengadakan pemilihan baru untuk CEC DAP. Sebagai
parti yang patuh kepada undang-undang, kita telah pun mengkaji isu itu
secara sah dari sudut perundangan.
“Kita membuat kesimpulan bahawa kita akan akur dengan tuntutan JPPM
walaupun keputusan pihak JPPM itu pelik, tidak masuk akal dan sepatutnya
tidak perlu dilaksanakan sama sekali. Ini adalah penting kerana DAP
diancam dengan kemungkinan dibatalkan pendaftarannya sebagai sebuah
parti yang sah,” katanya dalam ucapan pembukaan di Kongres Khas CEC DAP
di IDCC Shah Alam hari ini.
Guan Eng merasakan partinya tidak dilayan dengan adil kerana tidak
pernah dalam sejarah sebuah parti mengadakan pemilihan jawatankuasa
pusat 3 kali iaitu pada 2012, 2013 dan 2017 menggunakan senarai wakil
yang sama.
“Hari ini kita akan mengundi untuk memilih CEC bagi penggal 2012 pada
tahun 2017 sedangkan tempoh penggal tersebut hanyalah 3 tahun sahaja,
ini sangat karut.
“Kita harap selepas ini, pemilihan kali ini, kita harap JPPM tidak minta kita buat pemilihan lagi,” katanya.
Guan Eng menambah pemilihan kali ini juga pelik apabila JPPM
mengenakan peraturan ketat dengan membenarkan hanya pewakilan sahaja
dibenarkan hadir dan melarang ahli parti untuk menjadi pemerhati, lantas
mematikan demokrasi dalam pemilihan DAP kali ini.
“Kita perlu sedar bahawa, banyak ahli parti tidak dapat hadir Kongres
Khas hari ini kerana JPPM telah menghadkannya untuk perwakilan sahaja.
Tiada demokrasi, tiada penyertaan; ia seperti menonton permainan
bolasepak di dalam sebuah stadium tanpa penonton,” katanya sambil
memaklumkan notis singkat diberi kepada parti untuk mengadakan pemilihan
semula dalam tempoh 2 minggu.
Pada 17 Julai lalu, DAP menerima surat daripada JPPM mengarahkan
parti itu mengadakan pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusatnya
(CEC).
Arahan dikeluarkan berikutan JPPM belum menerima dan mengiktiraf
pemilihan parti yang dijalankan DAP pada 15 Disember 2012 dan pemilihan
semula pada 29 September 2013.
JPPM turut mengarahkan DAP menggunakan semula senarai perwakilan DAP
seramai 2,576 orang pada 2012 ketika sesi pemilihan kali ini.
Pemilihan semula DAP diuruskan firma audit bebas, Grant Thornton yang
bertindak sebagai pegawai pengurus pilihan raya dan pemilihan firma
antarabangsa itu sudah dipersetujui JPPM.
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan