Lebih separuh perwakilan DAP hadir pilih wakil CEC baru

SHAH ALAM: Seramai 1,356 perwakilan menghadiri pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusatnya (CEC) khas sebaik sahaja pendaftaran ditutup 10.30 pagi.

Pengumuman itu dibuat Pegawai Pemilihan John Lau dari Grant Thornton sekaligus melepasi korum dan melayakkan pemilihan dilakukukan.

“Sebanyak 2,514 notis telah dihantar dan yang hadir mengundi hari ini 1,356 atau 53.94% dan sebanyak 62 hilang kelayakan mengundi kerana muflis,” kata John Lau semasa taklimat pemilihan sambil memaklumkan sebanyak 3,000 kertas undi dicetak.

Mengulas lanjut John Lau berkata, berdasarkan senarai calon 2012 seramai 62 calon layak bertanding dan 6 daripadanya mengumumkan keluar parti dan seorang meninggal dunia sekaligus hilang kelayakan bertanding.
dap-2
“Berdasarkan senarai calon CEC 2012 seramai 6 daripada 62 yang layak bertanding telah keluar parti dan seorang meninggal dunia.

“Antara nama yang keluar parti ialah Hiew King Chieu, V Jaya Balan, John Fernandez, Zulkifli Mohd Noor dan Roseli Abdul Ghani manakala nama yang turut hilang kelayakkan bertanding kerana meninggal dunia ialah Karpal Singh,” katanya John Lau ketika mengumumkan senarai calon yang bertanding.

Pada 17 Julai lalu, DAP menerima surat daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) mengarahkan parti itu mengadakan pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusatnya (CEC).
Arahan itu dikeluarkan berikutan JPPM belum menerima dan mengiktiraf pemilihan parti yang
 dijalankan DAP pada 15 Disember 2012 dan pemilihan semula pada 29 September 2013.
dap-1
JPPM turut mengarahkan DAP menggunakan semula senarai perwakilan DAP seramai 2,576 orang pada 2012 ketika sesi pemilihan kali ini.

Pemilihan semula DAP diuruskan firma audit bebas, Grant Thornton yang bertindak sebagai pegawai pengurus pilihan raya dan pemilihan firma antarabangsa itu sudah dipersetujui JPPM.
Share on Google Plus

About Voice Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan