PETALING JAYA: Majlis Peguam hari ini mengutuk satu siri serangan ke
atas Datuk S Ambiga, susulan keputusan polis untuk menyiasat peguam itu
selepas beliau dinamakan dalam satu afidavit pembelaan yang difailkan di
London atas dakwaan pemberian dana RM90 juta kepada PAS.
Presidennya, George Varughese berkata, Ambiga nampaknya menjadi
sasaran dan memberi amaran gangguan atau tindakan menakut-nakutkan sama
dengan menghina mahkamah di United Kingdom.
“Ada banyak kenyataan rasis dan seksis yang kejam dilemparkan ke
atasnya oleh pelbagai individu dan satu laporan polis mengenai
hubungannya yang didakwa berkaitan saman itu,” katanya.
“Kami mengutuk serangan peribadi ini.”
Polis dilaporkan berkata, mereka akan menyiasat Ambiga di bawah
Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Suruhanjaya
Komunikasi dan Multimedia 1998 berdasarkan laporan Pengerusi Gerakan
Akar Umbi Umno Malaysia (GAUM), Datuk Zulkarnain Mahdar.
Datuk Seri Abdul Hadi Awang memfailkan saman fitnah di Mahkamah
Tinggi London, pada 21 April lalu, terhadap satu artikel Sarawak Report
pada 6 Ogos 2016 yang mendakwa RM90 juta dimasukkan ke akaun pemimpin
atasan PAS sebagai usaha Datuk Seri Najib Razak “menarik” kepimpinan
parti Islam itu menyokong Barisan Nasional dan Umno.
Pada 29 Oktober lalu, media melaporkan Clare Rewcastle-Brown dalam
tuntutan balas terhadap saman fitnah difailkan presiden PAS itu mendakwa
beliau dan Ambiga ada bercakap mengenai Najib, 1MDB dan PAS pada Julai
2016.
“Ambiga memberitahu defendan sumbernya yang dikatakan boleh
dipercayai, menganggarkan jumlah yang dibayar itu sekitar RM90 juta,”
kata Clare dalam afidavitnya bertarikh 11 Oktober lalu.
Clare dalam pembelaannya menyenaraikan sekurang-kurangnya 10 pemimpin
P
AS dari kumpulan ulama yang didakwa menerima wang daripada dana
disyaki milik 1MDB.
Varughese berkata, perkara itu belum dibuktikan dalam mahkamah, oleh itu tiada asas undang-undang untuk menyiasat Ambiga.
“Siasatan sedemikian sama dengan gangguan dan/atau menakut-nakutkan seorang saksi berpotensi.”
Katanya, mahkamah terlebih dahulu perlu memastikan jika Ambiga pernah memaklumkan Clare seperti yang didakwanya.
“Jika terbukti benar, mahkamah UK kemudiannya akan menentukan kesahihan maklumat itu.
“Jika tidak dapat dibuktikan Ambiga memberitahu maklumat itu kepada
Rewcastle Brown, atau jika maklumat itu tidak benar, maka Rewcastle
Brown gagal mempertahankan diri dalam pembelaan dan tuntutan balasnya.”
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan