Unit Perundingan Geoteknik Majlis Bandaraya
Pulau Pinang (MBPP) menafikan dakwaan oleh seorang penceramah di dialog
Forum Pulau Pinang pada Ahad lalu, yang mendakwa pembangunan di cerun
bukit adalah ibarat "bom jangka" yang bakal meledak.
Penasihat Unit Perundingan Geoteknik MBPP, Chin Yaw Ming berkata pembinaan atau pembangunan di cerun bukit untuk pembangunan adalah selamat kerana ia direka bentuk dengan betul dan disahkan oleh jurutera profesional yang mempunyai sijil amalan (PEPC).
Mereka juga, katanya berdaftar dengan Lembaga Jurutera Malaysia (BEM) dan mempunyai pengalaman relevan dalam kejuruteraan geoteknik.
"Cerun yang dirancang dengan betul di bawah pengawasan kejuruteraan adalah selamat.
"Cerun yang sentiasa dijaga adalah selamat. Oleh itu, pembinaan di cerun bukit adalah selamat dan bukannya 'bom jangka” yang bakal meledak'," kata Chin pada sidang akhbar di bangunan Komtar di Geoge Town, hari ini.
Beliau berkata MBPP memahami sepenuhnya pentingnya keselamatan cerun bagi pembangunan di lereng bukit dan telah mengambil inisiatif keselamatan cerun berdasarkan konsep Hong Kong.
Inisiatif itu telah ditubuhkan sejak wujudnya pejabat kejuruteraan geoteknik MBPP (GEO) pada tahun 1977, kata Chin.
Pada Forum Pulau Pinang mengenai banjir dan tanah runtuh, Ahad lalu, yang tidak dihadiri oleh pemimpin kerajaan negeri, seorang jurutera geoteknik Aziz Noor memberi amaran bahawa "bom jangka” itu memerlukan pemantauan dan penyelenggaraan yang berterusan.
Amarannya itu dibuat susulan tanah runtuh di Tanjung Bungah pada 21 Okt yang mengakibatkan 11 orang pekerja terbunuh. Kejadian itu mencetuskan kritikan sengit terhadap pemaju dan kerajaan negeri Pulau Pinang daripada aktivis masyarakat sivil dan pembangkang negeri.

0 comments:
Catat Ulasan