AKHIRNYA berlalulah sudah pemilihan semula Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP pada Kongres Khas 12 November 2017-nya. Mengikut Perlembagaan DAP, pemilihan semula ini adalah bagi memilih 20 ahli CEC. Seperti dimaklumi, keputusannya tidaklah jauh berbeza dengan keputusan pemilihan CEC DAP pada 15 Disember 2012, di mana apa yang berbeza, selain urutan kedudukan calon-calon, hanyalah kemasukan Ronnie Liew Tian Khiew dan V Siva Kumar yang mengambil-alih tempat Karpal Singh dan Dr Boo Cheng Hau.
Berikut adalah keputusan pemilihan semula CEC pada 12 November 2017:
1. Lim Kit Siang: 1,199 undi
2. Gobind Singh Deo: 1,198 undi
3. Lim Guan Eng: 1,180 undi
4. Anthony Loke Siew Fook: 1,175 undi
5. Liew Chin Tong: 1,123 undi
6. Teo Nie Ching: 1,080 undi
7. Chong Chieng Jen: 1,057 undi
8. Teresa Kok Suh Sim: 1,033 undi
9. Tan Kok Wai: 1,021 undi
10. Tony Pua Kiam Wee: 1,020 undi
11. Nga Kor Ming: 967 undi
12. Fong Kui Lun: 949 undi
13. Chow Kon Yeow: 900 undi
14. M Kula Segaran: 826 undi
15. Chong Eng: 734 undi
16. Datuk Teng Chang Khim: 702 undi
17. Ronnie Liew Tian Khiew: 688 undi
18. Datuk Ngeh Koo Ham: 659 undi
19. Zairil Khir Johari: 649 undi
20. V Siva Kumar: 586 undi
Berikut pula adalah keputusan pemilihan CEC pada 15 Disember 2012
(setelah diperbetulkan kesilapan teknikalnya pada 4 Januari 2013):
1. Lim Kit Siang: 1607 undi
2. Lim Guan Eng: 1576 undi
3. Karpal Singh: 1411 undi
4. Chong Chieng Jen: 1211 undi
5. Anthony Loke Siew Fook: 1202 undi
6. Tan Kok Wai: 1199 undi
7. Gobind Singh Deo: 1197 undi
8. Tony Pua Kiam Wee: 1162 undi
9. Datuk Teng Chang Khim: 1152 undi
10. Fong Kui Lun: 1137 undi
11. Nga Kor Ming: 1075 undi
12. Chong Eng: 1006 undi
13. Chow Kon Yeow: 986 undi
14. Liew Chin Tong: 984 undi
15. M Kula Segaran: 984 undi
16. Dr Boo Cheng Hau: 958 undi
17. Teresa Kok Suh Sim: 925 undi
18. Teo Nie Ching: 903 undi
19. Datuk Ngeh Koo Ham: 824 undi
20. Zairil Khir Johari: 803 undi
Mengikut Perlembagaan DAP juga, CEC DAP mempunyai kuasa untuk melantik tidak lebih dari 10 orang ahli tambahan ke CEC.
Berdasarkan peruntukan Perlembagaan DAP ini, CEC DAP telah melantik 10 orang ahli tambahan ke CEC yang terdiri daripada:
3 Ahli Parlimen, iaitu:
Ahli Parlimen Sandakan, Stephen Wong Tien Fatt (Pengerusi DAP Sabah)
Ahli Parlimen Ipoh Timor, Thomas Su Keong Siong
Ahli Parlimen Serdang, Dr Ong Kian Ming
5 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), iaitu:
ADUN Canning, Wong Kah Woh (Pengerusi Kebangsaan DAPSY)
ADUN Subang Jaya, Hannah Yeoh Tseow Suan (Naib Ketua Wanita DAP)
ADUN Damansara Utama, Yeo Bee Yin
ADUN Mentakab, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji
ADUN Ayer Keroh, Melaka, Khoo Poay Tiong
1 Pemimpin DAP Sarawak, iaitu Dr John Brian Anthony
1 Pemimpin DAP Sabah, iaitu Jannie Lasimbang
Setelah menyelidiki latar belakang 10 orang ahli tambahan yang
dilantik ke CEC ini, adalah didapati bahawa sekurang-kurangnya 7
daripada 10 orang ahli tambahan ini adalah penganut Kristian tegar, di
mana sebahagian daripada mereka pula diketahui sebagai terlibat dengan
aktiviti evangelisme Kristian, iaitu Stephen Wong Tien Fatt, Thomas Su
Keong Siong, Dr Ong Kian Ming, Hannah Yeoh Tseow Suan, Yeo Bee Yin, Dr
John Brian Anthony dan Jannie Lasimbang.
Saya tidak pasti apa agama anutan Wong Kah Woh, walaupun beliau
kerap memaparkan gambar beliau bersama isteri beliau mengunjungi Gereja
St Anne di Bukit Mertajam di samping kerap memaparkan gambar beliau
merayakan Hari Krismas, begitu juga dengan agama anutan Khoo Poay Tiong.
Tengku Zulpuri Shah Raja Puji pula adalah penganut Islam.
DAP sebenarnya telah mensesiakan peluang cukup baik untuk
memperbaiki imejnya di kalangan pengundi Melayu Islam yang terbentang
luas melalui pemilihan semula CEC ini.
Jika DAP benar-benar serius mahu memperbaiki imejnya di kalangan
pengundi Melayu Islam, sudah tentulah tokoh-tokoh Melayu Islam yang
bertanding di dalam pemilihan semula CEC ini, seperti Tengku Zulpuri
Shah Raja Puji dan Dr Ariffin Omar, akan dipilih. Malangnya, hanya
Zairil Khir Johari, yang disifatkan banyak pihak sebagai bukan Melayu
tulen tetapi Melayu celup, kekal menjadi sesatu calon yang terpilih.
Lebih jauh lagi, jika DAP benar-benar serius mahu memperbaiki
imejnya di kalangan pengundi Melayu Islam, sudah tentulah tokoh-tokoh
Melayu Islam yang hanya memasuki DAP selepas pemilihan CEC pada 15
Disember 2012, seperti Dr Abdul Aziz Bari, Datuk Zaid Ibrahim dan Datuk
Yeop Adlan Che Rose, selain mana-mana tokoh-tokoh Melayu Islam yang
kalah di dalam pemilihan semula CEC ini, dilantik untuk mengisi kuota 10
orang ahli tambahan.
Bagaimanapun, di sebalik mengisi CEC dengan lebih ramai tokoh-tokoh
Melayu Islam, DAP malangnya sekadar mengekalkan 1 kuota Melayu Islam di
dalam kuota lantikan ini dengan melantik Tengku Zulpuri Shah Raja Puji
bagi menggantikan tempat yang disandang oleh Dr Ariffin Omar.
Sangat pelik sekali melihat cara para pemimpin DAP berpolitik ini
kerana di saat ia sedang menghadapi krisis keyakinan yang serius di
kalangan pengundi Melayu Islam, dan di saat ia sedang diserang dengan
isu Kristianisasi, tokoh-tokoh Kristian jugalah yang menjadi pilihan
utamanya untuk dilantik ke CEC sedangkan ini hanya akan memperkuatkan
lagi dakwaan bahawa DAP memang mempunyai agenda Kristianisasi.
0 comments:
Catat Ulasan