Akta keselamatan MKN, PH mahu hapus atau tidak?

KUALA LUMPUR, ― Walau membantahnya dulu, kerajaan Pakatan Harapan (PH) mungkin mengekalkan Akta Majlis Keselamatan Nasional (MKN).

Mengkritiknya kerana memberi lebih kuasa kepada perdana menteri, Menteri Pertahanan Mohamad Sabu menyifatkannya sebagai "baik."

"Kami mahu mengkaji semula kerana Akta MKN sebenarnya baik terutama bagi pegawai kerajaan untuk berkhidmat kepada kerajaan," katanya.

"Yang perlu dikawal, kita tidak mahu akta itu menjadi alat menghasut, menekan mereka supaya sokong Amanah atau sokong Bersatu atau sokong DAP."

Dalam wawancara itu, ditanya sama ada akta tersebut dikekal atau dimansuh atau dipinda, Mohamad Sabu berkata beliau lebih suka jika ia "dirombak."

Sewaktu kempen pilihan raya lalu, pengerusi PH Tun Dr Mahathir Mohamad berjanji untuk menghapuskan beberapa akta jika menang termasuk Akta MKN.

Digubal pada 2016, akta itu dipertikaikan secara meluas kerana memberi kuasa yang terlalu kepada perdana menteri.

Majlis Raja-Raja Melayu juga menitahkan ia diperhalusi sebelum diluluskan. Sementara tokoh PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mencabar akta itu di mahkamah.
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan