Tidak lagi relevan, MB seru lebih ramai keluar Umno

IPOH,  ― Menteri Besar Perak Ahmad Faizal Azumu mengucapkan tahniah dan menyifatkan keputusan wakil rakyat Parlimen Bukit Gantang Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal keluar Umno dan Barisan Nasional (BN) sebagai tepat.

“ mungkin dia boleh ajak ramai lebih ramai lagi tinggalkan Umno kerana Umno sebuah parti yang tidak lagi relevan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Rumah Terbuka Aidilfitri Lembaga Air Perak, di sini hari ini.

Bagaimanapun, Ahmad Faizal yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Perak berkata beliau tidak bercadang mengajak Syed Abu Hussin menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Perak.

“Namun sekiranya beliau memohon untuk menjadi ahli (Bersatu) ia adalah keputusan ahli Majlis Pimpinan Tertinggi parti sama ada menerima atau menolak permohonan tersebut,” katanya. 
  
Syed Abu Hussin yang memenangi kerusi Parlimen itu dengan majoriti 4,089 undi pada Pilihan Raya Umum ke-14 lalu turut mengisytiharkan peletakan jawatan Ketua Umno Bahagian Bukit Gantang dan Pengerusi BN Parlimen Bukit Gantang berkuat kuasa, semalam.

Beliau merupakan wakil rakyat BN kedua di Perak yang meninggalkan Umno dan BN selepas wakil rakyat bagi Parlimen Bagan Serai Datuk Dr Noor Azmi Ghazali pada 24 Jun lalu. — Bernam
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan