Ketua Puteri Umno terkejut, kecewa tindakan Tok Pa keluar parti

Pergerakan Puteri Umno Malaysia meluahkan rasa terkejut dan kecewa dengan tindakan Datuk Seri Mustapha yang mengumumkan keluar daripada Umno.

Ketuanya, Datuk Zahida Zarik Khan berkata, disaat Umno diuji dengan kekalahan teruk pada PRU 14 lalu, pergerakan Puteri Umno mengharapkan agar pemimpin-pemimpin lama terus bersama dalam perjuangan ini.

“Kita tidak sangka, terkejut, dan sekaligus kecewa apabila dapat tahu Keputusan peletakan jawatan sebagai Ahli Umno oleh Datuk Seri Mustapa Mohamed melalui kenyataan media,” ujarnya dalam satu kenyataan di twittnya.

Bagaimanapun, Zahida Zarik Khan berkata pergerakan Puteri Umno menghormati keputusan yang telah diambil oleh pemimpin tersebut.

“Walaubagaimana pun, kita hormatilah keputusan yang beliau telah lakukan, mungkin ada hikmah disebalik dugaan ini.

“Justeru, saya menyeru kepada semua ahli-ahli Umno terutamanya Pergerakan Puteri UMNO seluruh Malaysia agar kuatkan semangat, kukuhkan pendirian, rapatkan saf, dan sama-sama kita teruskan perjuangan ini walau susah mahupun senang.

“Semoga kita terus diberi kekuatan dan perjuangan dirahmati Allah sentiasa,” ujarnya.

Mustapa Ahli Parlimen Jeli mengambil keputusan keluar Umno berikutan beliau melihat lankskap politik dan hala tuju Umno-BN dan masa depan negara dalam usaha ke arah memulihkan imej parti semakin sukar.

Beliau dalam kenyataannya berkata idak ada tanda-tanda bahawa majoriti rakyat berbilang bangsa dan agama akan kembali meyakini perjuangan parti Umno-BN.
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan