Oleh Mohd Sayuti Omar
MEMANDANG sikap setengah warga negara ini yang lemah ilmu sivik dan
golongan cenderong politik pula suka memainkan isu remeh temeh (tetapi
memberi impak tertentu, boleh mencetuskan kontroversi) seperti mana isu
pemasangan Jalur Gemilang terbalik, elok kalau kerajaan mengambil kira
cadangan dikemukkaan oleh Exco Perak Dr Ab Aziz Bari agar diwujudkan
akta khas berkaitan tatcara pemasangan bendera kebangsaan.
Menurut Abd Aziz, akta yang dicadang itu boleh menjelaskan mengenai
kaedah pemasangan bendera, termasuk bentuk, warna dan cara-cara
memasangnya dan juga tindakan atau hukuman dikenakan ke atas pelakunya.
Menurutnya hari ini belum ada akta khusus yang boleh
dikenakan kepada mereka melakukan pembiadapan ke atas Jalur Gemilang,
yang mana jika berlaku perbuatan itu ia tidak boleh dikenakan tindakan.
Beliau membuat cadangan itu sebagai menjelaskan kenyataannya sebelum ini
yang disalah dipetik (bertujuan untuk memburuk-burukkanya), kononnya
kejadian pemasangan Jalur Gemilang secara terbalik atau songsang bukan
satu penderhakaan kepada negara dan hanya perkara remeh temeh.
Kenyataan beliau itu dikelirukan yang menggambarkan dirinya sebagai
tidak patriotik. Apa yang beliau cuba huraikan dalam kenyataan yang
disalah petik itu, perbuatan itu tidak boleh dikenakan tindakan, kerana
belum ada sebarang akta, bukannya bererti ia bukan penderhakaan.
Kata Aziz kenyataan beliau itu disalah petik serta sengaja dipesongkan
sehingga menggambarkan seolah-olah baginya pemasangan bendara terbalik
itu bukan satu kesalahan dan tidak pun perlu diberi perhatian.
Justeru dalam kenyataan mengjelaskan kenyataan itu beliau mencadangkan agar satu akta khas berhubung hal itu digubal.
Menjelas lanjut mengenai cadangan itu dalam satu sidang media khas di
Ipoh hari ini, Abd Aziz yang juga Naib Pengerusi DAP Perak dipetik
berkata ketika menggubal akta itu parlimen boleh menerangkan apa warna,
bagaimana nak pasang dan tindakn-tindakan yang boleh dijenayahkan
seperti provokasi, biadap dan sebagainya.
Secara lebih meluas menurutnya yang juga pakar perlembagaan penggubalan
akta itu hendaklah juga dibincang dengan kerajaan negeri yang
masing-masing mempunyai bendera rasmi sendiri. Mungkin juga kalau boleh
ditambahkan bidang kuasa akta itu bukan sahaja terhadap Jalur Gemilang
tetapi bendera atau panji-panji lain juga seperti PDRM, ATM, Batang
Tubuh Sultan dan sebagainya.
Walaupun pewujudan akta itu bukan hal terdesak dan tidak perlu jika
warga negara ini dapat disivikkan, tetapi ia suatu yang perlu
disegerakan memandangkan sikap sesetengah rakyat negara ini yang sanggup
melakukan apa sahaja khasnya untuk kepentingan politik oleh kalangan
yang moral politiknya rendah.
Mungkin sikap liar dan rakus suka menimbulkan hal remeh termeh tidak
memikirkan keperluan dan kemunasabahannya tetapi boleh menjejaskan
maruah negara ia galak dan berani dimainkan kerana tidak ada
undang-undang membatasinya.
Dengan adanya akta itu nanti mana-mana pesalah berkaitan pemasangan
bendera itu boleh dikenakan tindakan. Perwujudan akta itu juga
menunjukkan kita mengambil berat kepada maruah negara dan mengawal
penghormatan kepada negara.
Keperluan akta itu adalah untuk membendung jenayah vandalisme itu
tidak merebak lebih jauh bukan sahaja mempersendakan Jalur Gemilang
tetapi ia boleh sampai ke peringkat memijak dan membakarnya di masa akan
datang.
Cadangan Abd Aziz itu sesuatu jalan keluar kepada permasalahan yang
berlaku kini berhubung penghormatan warga negara kepada panji nasional
negara itu. Molek kalau pada sesi parlimen akan datang dibentangkan rang
undang-undang perwujudan akta berkenaan
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan