1. Islam, sudah tentulah dirujuk kepada agama yang diturunkan kepada baginda ar Rasul.
2. Sepanjang sejarahnya, Islam sebagai agama sentiasa berdepan dengan pihak yang tidak menerimanya sebagai ajaran dan agama. Hatta, saat ketika 'Islam' memerintah sebahagian besar belahan dunia ini.
3. Diterima secara umum bahawa insiden yang bersifat 'ancaman' antara
ummat beragama berlaku atas 'sifat' insan itu sendiri selama mana ia
tidak di'curah' dengan api kebencian yang berjenama 'perkauman' ataupun
'keagamaan'. Insiden seumpama ini sering berlaku sepanjang sejarah
bernegara di Malaysia [kemalangan, pergaduhan antara dua 'orang'
berlainan agama dan kaum dsb].
4. Apabila ummat ditakutkan [sedangkan takut itu adalah senjata pihak yang sentiasa KALAH] dengan 'ancaman' terhadap Islam di Malaysia pada saat ini, kita payah untuk cari dimanakah 'ancaman' tersebut? Apakah ummat dibunuh kerana dia beragama Islam ?ataukah insiden antara 'orang' yang berlainan agama yang diangkat taraf menjadi 'ancaman' dan 'pertembungan' terhadap Islam ??
5. Islam sebagai 'acara' [seperti sambutan tahun hijrah dsb], Islam dalam 'muamalah' [terutamanya dalam hal perbankan], dan Islam dalam perlembagaan masih UTUH seperti 16 bulan yang lalu.
6. Atau mungkin ada yang mahu lebih dari itu supaya ISLAM dilaksanakan. Ya, kita pun mahu, tapi sejak bilakah ISLAM yang syumul itu dilaksanakan di Malaysia? Sehingga kalau 'sekarang' belum terlaksana lagi maka itu dianggap sebagai 'ancaman' untuk Islam ?
6. Kalau kerana DZN 'dibekukan' sementara dianggap bahawa Islam sedang diancam, kita katakan bahawa "dalam memerintah, maslahah adalah salah satu indikator dalam megambil tindakan dan polisi". Pelik apa ? Bukankah Kelantan mengharamkan Ust Nik Omar dari berdakwah, Johor zaman BN pernah haramkan Us Haslin Bahrin dan Perlis juga pernah senaraihitamkan Kazim Elias. Apa peliknya ? Kita boleh bantah, tapi bukanlah sampai kena buat andaian 'kedatangan' Rasul baru atau perlu memunafikkan sesiapa pun.
Allahua'lam
Makkah / 10.26 pagi

Apa pasal pi kacau DZN.......sebelum PRU14 lagi......apa kena DZN dengan politik Malaysia? Dia hanya pendakwah!
BalasPadamLain kali orang Islam nak panggil penceramah luar kena minta kebenaran DAP ka?