Kementerian: Tawaran ambil alih Plus nampak menarik

Tawaran Maju Holding Bhd untuk memperoleh Plus Malaysia Bhd “nampak menarik” dan melibatkan pengurangan ketara kadar tol, Kementerian Kerja Raya.

Bagaimanapun, kabinet tidak akan membuat keputusan sehingga semua cadangan berkaitan tol di lebuh raya dipertimbang.

“Kementerian akan membentangkan pada kabinet ‘Masa depan lebuh raya bertol di Malaysia’ awal bulan depan, yang berdasarkan laporan akhir disediakan oleh perunding bebas pada Januari 2019.

“Hanya selepas keputusan kabinet dibuat barulah kerajaan mampu mempertimbang dengan serius semua cadangan untuk mengambil alih lebuh raya bertol di negara ini, termasuk tawaran Maju Holdings,” kata kementerian dalam kenyataan hari ini.

Plus Malaysia Bhd - yang mempunyai jaringan lebuh raya paling besar di negara ini dan mempunyai pegangan dalam Touch 'n Go - dimiliki oleh Khazanah Nasional Bhd dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Media kewangan The Edge Markets sebelum ini melaporkan Maju Holdings menawarkan RM3.5 bilion kepada Plus serta akan mengambil alih hutangRM30 bilion syarikat itu.

Maju Holdings dimiliki oleh syarikat swasta yang terkenal dengan pembinaan stesen bas Terminal Bandar Tasik Selatan dan Lebuh Raya Maju Expressway (MEX).

Kerajaan Pakatan Harapan sedang berdepan desakan untuk menunaikan janji memansuhkan tol secara berperingkat di negara ini.
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan