Keputusan
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk terus membenarkan
pendakwah antarabangsa Dr Zakir Naik meneruskan ceramahnya dan tinggal
di negara ini perlu disambut baik dikalangan rakyat negara ini.
Senator Raj Munni Sabu atua lebihg dikenali sebagai Aiman Athirah
Jundi berkata, pendirian Dr Mahathir berubung kedudukan Dr Zakir adalah
jelas.
“Melainkan ada pihak dengan sengaja mahu merumitkannya dengan
mengambil peluang mewujudkan rasa tidak puas hati di kalangan rakyat
berbilang kaum dengan pelbagai hujjah dan cerita selektif serta
menangguk di air yang keroh.
“Terima Kasih Tun.
“Dr Zakir Naik tidak akan diekstradisi ke India.
“Dr Zakir Naik dibenarkan berdakwah tentang Islam, tetapi tidak
dibenarkan menimbulkan kebencian kaum dan agama di kalangan rakyat dalam
negara ini. (Maknanya perlu Tambahbaik CARA dan APPROACH Dakwah agar
Sesuai dengan masyarakat majmuk Malaysia).
“Hanya terlibat dengan urusan dakwah umat Islam, bukannya terlibat
berpolitik atau membiarkan diri menjadi alat dan propaganda mana-mana
parti politik dalam Malaysia.
“Tidak dibenarkan menyinggung perasaan dan sensitiviti kaum yang ada di Malaysia dan menghormati rakyat negara ini.
“Menyerahkan kepada pihak Polis untuk menjalankan siasatan lengkap
berkaitan dan memberikan pandangan/ panduan kepada kerajaan dan publik
dalam usaha memastikan ketenteraman awam di kalangan rakyat berbilang
dalam negara ini terpelihara sekaligus terjamin.
“Kerajaan tidak akan teragak-agak mengambil tindakan mengikut lunas
undang2 negara jika terbukti berlaku kesalahan berhubung ketegangan kaum
dan agama kepada sesiapa sahaja yg terlibat dalam isu ini,” ujarnya
dalam kenyataan dan beliau ketika ini masih berada di tanah suci Makkah.
Semalam, Zakir selesai memberi keterangan kali kedua kepada polis
selepas hampir 10 jam di Bukit Aman, selepas menjalani sesi sama
kira-kira lima jam, pada Jumaat lalu.
Pada 3 Ogos lalu, Zakir dalam ceramahnya di Kota Bharu, Kelantan
dilaporkan membuat kenyataan kontroversi mengenai penganut Hindu dan
kaum Cina di Malaysia.
Perdana Menteri berkata, kerajaan tidak akan menghantar pulang Zakir
Naik ke India selagi penceramah bebas itu tidak membuat sebarang
masalah.
Perdana Menteri dipetik berkata, penceramah itu tidak akan dihantar
pulang kerana sudah diberikan taraf penduduk tetap negara ini.
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan