Dr Mahathir Mohamad sudah hilang mandat untuk menubuhkan kerajaan perpaduan

Parti Sosialis Malaysia (PSM) menyambut baik tindakan PH yang tegas dan jelas menamakan calon perdana menteri mereka, dan pada masa yang sama memberikan komitmen untuk meneruskan mandat yang diberikan oleh rakyat pada Mei 2018

Timbalan Pengerusi PSM, S Arutchelvan, berkata masalah sebenar PH bukanlah pada dasar perjuangan mahupun manifesto sebaliknya tindakan mereka membelakangkan janji tersebut serta terlalu lemah dalam pelaksanaannya.

"PH juga terlalu kerap bergaduh dalam isu persoalan peralihan kuasa dan tidak mempunyai kata sepakat dalam isu-isu yang melibatkan isu perkauman," katanya.
Pada masa sama PSM melihat Dr Mahathir Mohamad sudah hilang mandat untuk menubuhkan kerajaan perpaduan atau membentuk kerajaan campuran kerana tidak lagi mempunyai sokongan majoriti ahli parlimen.

"Dalam keadaan ini, langkah terbaik untuk beliau ialah berundur dan melepaskan masa depan politik negara kita kepada parti-parti lain.

"Tindakan Mahathir melepaskan kuasa dan membuat satu peralihan secara aman, akan dilihat sebagai tindakan bijak seorang negarawan kanan, sebaliknya jika kemelut ini terus dimain-mainkan berdasarkan sentimen perkauman, atau sentimen kroni dan sebagainya, maka beliau akan dituduh sebagai pihak yang mencetuskan harapan dan pada masa sama menghancurkan harapan tersebut," kata Arutchelvan.
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan