UMNO BN kalah PRU14 dulu bukan semata-mata isu 1MDB.


 Oleh Hasbie Muda

Dalam politik, isu seburuk mana pun tiada apa-apa kesan jika musuh tak bertambah dan kawan tak berkurang. Musuh atau kawan membawa bersama segmen penyokong yang signifikan.

Najib kalah PRU14 dulu kerana tambah musuh.

Bermusuh dengan timbalannya Muhyiddin, Najib hilang Johor.

Bermusuh dengan naibnya Shafie, Najib hilang Sabah.

Bermusuh dengan Mukhriz, Najib hilang Kedah.

Bermusuh dengan Mahathir, Najib hilang kerajaan.

Lepas kalah, UMNO BN sedar dasyatnya kesan tambah musuh. Sebab itu sekarang mereka sedaya upaya menambah kawan.

Dengan parti yang pernah kafirkan mereka, mereka berkawan.

Dengan parti yang kalahkan mereka dalam PRU termasuk dengan MP-MP yang melompat khianati mereka serta kelompok yang terpalit isu semburit pun mereka berkawan.

PRU15 kelihatannya tiada isu besar.

Pemenang pastinya coalition yang paling berjaya mengurangkan musuh dan menambah kawan.

Pelik jika kita memilih haluan sebaliknya.

Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan