Dulu nak tukar Najib saja tetapi sudah tidak boleh. Kena tukar semua," kata Tun Mahathir

Oleh Borhan Ahmad

Tun Dr Mahathir Mohamad mengaku hasrat awal beliau adalah untuk menjatuhkan Datuk Seri Najib Razak sebagai perdana menteri telah berubah kerana langkah itu tidak menyelesaikan masalah negara.

"Memang saya dulu nak tukar Najib saja tetapi selepas itu saya sedar seluruh Umno dan BN sudah korup. Dulu nak tukar Najib saja tetapi sudah tidak boleh. Kena tukar semua," kata Tun Mahathir dalam forum di majlis makan malam anjuran ahli parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar malam tadi.


Menurut Pengerusi Parti Bersatu itu, negara yang diasaskan sebelum ini sehingga dinamakan sebagai 'Asean Tiger' sudah berubah kepada negara yang paling korup sehingga digelar 'Negara Kleptokrasi' iaitu negara yang dikuasai oleh perompak, pencuri dan penyamun.

Oleh itu, beliau berazam untuk mengubahnya dengan gabungan parti pembangkang mengambil alih Putrajya.

Untuk itu, beliau berusaha untuk mempastikan semua parti pembangkang bersatu sebagaimana bersatunya parti-parti dalam BN sebelum ini.
Forum dikendalikan oleh peguam Fahda Nur Ahmad Kamar.Forum dikendalikan oleh peguam Fahda Nur Ahmad Kamar."Saya nak semua parti pembangkang ini bersatu.

 Hanya dengan cara ini kita boleh menang sebagaimana BN menang selama ini," kata Tun Mahathir dalam forum bersama Nurul Izzah dengan moderatornya adalah Peguam Fahda Nur Ahmad Kamar.

Dalam sidang media sebelum ini, Tun Mahathir berkata, beliau tetap akan memberikan tempoh sebulan kepada Pas walaupun parti itu mencabar beliau supaya tidak perlu sebulan.

"Kami akan tetap memberi mereka sebulan, walaupun mereka berkata satu bulan tidak perlu. Kami adalah orang yang sangat bermurah hati," kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menurut Tun Mahathir dalam sidang media selepas perlantikan barisan kepimpinan Bersatu, partinya akan tetap bersabar.

"Kami telah cuba untuk menyelesaikan (kebuntuan) ini. Kami amat bersabar. Kami tidak berkata apa-apa yang buruk tentang PAS. Kami telah melakukan segala yang mungkin.

Selepas sebulan diberikan, Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, Bersatu tidak perlu tunggu sebulan kerana keputusan boleh dibuat sekarang.

Ini kerana, Pas tidak akan bekerjasama dengan mana-mana pihak yang mempunai hubungan dengan DAP dan Amanah.
Share on Google Plus

About Voice Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan