Oleh DATO' HJ MAHFUZ HJ OMAR
1.
PAS telah membuat kepututusan dasarnya untuk tidak menjalinkan apa-apa
kerjasama politik dengan parti AMANAH dan DAP serta parti yang
mempunyai hubungan kerjasama dengan AMANAH dan DAP.
Ini
bermakna PAS secara tegas dan jelas menolak hasrat parti PPBM untuk
menjalinkan kerjasama dengan PAS dan akan memutuskan hubungan kerjasama
dengan parti PKR.
2. Sayu dan sedih dengan keputusan PAS tatkala
mengenang nasib rakyat yang tertindas dan terbeban akibat salah guna
kuasa UmnoBn 'merompak wang rakyat'.Rakyat sangat mengharapkan masa
depan Malaysia tanpa UmnoBn berkuasa selepas PRU ke-14 nanti.
3.
Rakyat mengharapkan satu pakatan (grand coalition) gabungan kekuatan
parti pembangkang untuk meranapkan dan menamatkan kuasa politik UmnoBn.
Berbondong-bondong
rakyat dari Melayu Umno meninggalkan parti Umno yang kononnya keramat
menerajui pemerintahan negara sejak lebih 60 tahun, semata-mata mahu
melihat kepimpinan Melayu Islam yang baru dan bukan atas nama Umno untuk
menerajui negara.
KERJASAMA PAS-PKR TERBATAL
4. Alasan
yang diberikan ialah PAS tidak akan bekerjasama dengan mana-mana parti
yang menjalinkan hubungan kerjasama denga parti DAP dan AMANAH,manakala
hubungan dengan PKR akan diputuskan semasa muktamar parti.
Alasan
ini sudah tentu mengecewakan rakyat dan menjarakkan PAS dari rakyat
terbanyak.Tempoh sebulan yang diberikan PPBM kepada PAS sudah tidak
diperlukan lagi kerana PAS sudah pun ada keputusan dasar kerjasamanya
dan polisi yang diputuskan.
Berdasarkan kenyataan sebegitu,adalah
wajar untuk PAS tidak perlu menunggu hingga muktamar PAS pada April
nanti untuk menentukan kedudukan PAS dalam hubungan kerjasama dengan
PKR.
Sudah terang lagi bersuluh, PKR sepertimana PPBM sudah
mempunyai hubungan kerjasama politik dengan DAP dan AMANAH,malah telah
menanda tangani 'perjanjian kerjasama politik' untuk meranapkan kuasa
politik UmnoBn pada PRU ke-14 nanti.
5. Oleh itu secara
perinsipnya hubungan kerjasama PAS dan PKR yang sedia terjalin sudah
terbatal dengan keputusan dasar yang diumumkan oleh Tuan Guru Datuk Seri
Presiden PAS.
Adakah ini bermakna PAS perlu menarik diri dari
kedudukkannya dalam kerajaan negeri Selangor dan melepaskan semua
jawatan Exco,Ahli Majlis Kerajaan Tempatan,JKKK,ketua kampung,syarikat
berkaitan kerajaan (GLC) dan apa-apa jawatan lantikan politik dengan
segera secara berprinsip.
Adalah lebih baik untuk PAS
mengelakkan dari apa-apa persepsi atau tanggapan serong yang menampakkan
PAS masih sayang pada kebendaan dan ketamakan kuasa yang diperolehi
hasil dari kedudukkan dalam pentadbiran kerajaan negeri Selangor.
Sudah
sampai masanya Yb Datuk Iskandar Abdul Samad yang juga Naib Presiden
PAS dan rakan-rakan Exco kerajaan negeri dari PAS melepaskan jawatan
Exco dan apa-apa jawatan lantikan politik yang berkaitan.
6.
Berdasarkan keputusan yang dinyatakan PAS,semua parti pembangkang sudah
boleh merumuskan PRU ke-14 akan menyaksikan pertandingan 3 penjuru
*termasuk PAS juga sudah boleh *merancang 'sterategi 3 penjuru' untuk
memastikan UmnoBn dikalahkan pada PRU ke-14.
Usah lagi
menghabiskan masa dengan agenda pujuk rayu untuk PAS menyertai gabungan
pakatan pembangkang,sebaliknya semua parti termasuk PAS perlu tumpu
kepada usaha 'pujuk rayu rakyat' untuk menolak UmnoBn pada PRU 14 nanti.
#TakNakUmnoBn
#3PenjuruPru14
#Pru14RanapkanUmnoBn
#InsyaallahKemenaganRakyat
DATO' HJ MAHFUZ HJ OMAR
Ahli Parlimen Pokok Sena
11am Taman Malewar K.Lumpur
14 Feb 2017/17 Jamadilawal 1438H.
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan