Oleh Mohd Sayuti Omar
Barang kali kita semua tidak naif untuk memahami erti dan makna
POLITIK. Semua kita membaca dan mengetahui erti politik. Ya pastinya
politik bukan sebuah game, untuk suka-suka tetapi ia lebih jauh
(mendalam) dan bermakna dari itu.
Secara umum "Politik" adalah
satu kaedah untuk mendapat kekuasaan. Ia juga merupakan seni, bila mana
disebut seni ia berbaur dengan berbagai elemen, batil dan haq. Sangat
menguji ketelitian kita untuk menyaringnya. Politik yang dicambahi oleh
pemikiran orang yang tidak ada Tauhid, (Barat) membawa kepada politik
yang kotor.
Dalam negara kita, tidak boleh dinafikan kita
mengamalkan politik ala Barat. Walaupun kita berkeras mengatakan kita
berpolitik cara Islam, mengambil keadah-keadah Islam tetapi ia bukan
sejernihnya.
Dengan memetik ayat Quran dan membaca Hadith ia
tidak mengesahkan kita berpolitik cara Islam.
Kadang-kadang ayat-ayat
Tuhan dibaca hanya untuk memuaskan hati dan perasaan kita sahaja tanpa
memikirkan hati dan perasaan orang lain. Menunjuikkan sikap yang baik,
akhlak yang mulia sebenarnya lebih baik daripada membaca ayat-ayat Tuhan
dan sabda Nabi?
Sedangkan antara sifat yang mutalk milik Tuhan ialah memelihara seluruh makhlukNya.
Saya selalu katakan apabila kita menerima sistem pilihan raya, memilih
pemimpin dengan undi, itu bukan Islam. Sebab Islam memilih pemimpin
secara syura bukan demokrasi. Lalu kita pun berdalih dengan helah
kononnya kita dalam dharurat, hendak tak hendak terpaksa menerima sistem
yang ada.
Anihnya dalam sudut lain kita tidak tidak menggunakan istilah
dharurat itu sehinggalah sanggup bergasak dan mamaki hamu di antara
satu sama lain.
Makanya apabila kita memahami begitu warna
politik, kita harus mengetahui erti kata dan tindakan sebenar dunia
politik itu sendiri.
Matlamat politik adalah untuk mencapai
kebaikan bersama bagi menyusun masyarakat bernegara. Dalam negara kita
realiti kita berbilang kaum yang mana satu-satu kaum dan bangsa tidak
dapat berdiri dengan mandiri tanpa berkerjasama dengan bangsa lain. Ini
realti yang tidak boleh dinafikan. Bukan salah kita tetapi salah ibu
yang mengadung.
Mana-mana puak yang berkeras untuk tegak dengan
diri sendiri ia tidak ubah sedang mengusahakan untuk menandak laut dan
mengeringkan lautan. Ia tidak akan berjaya.
Apabila kita memahami
erti dan maksud ini, maka usaha puak yang mahu tegak dengan hanya
sesamanya, pasti akan kecewa. Bukan tidak boleh memperjuangkan bangsa,
atau memperjuangkan agama, bahkan itu yang diwajibkan, tetapi harus ada
kebijaksanaanya (fatanah) dalam mentadbirnya.
Tanpa fatanah,
toleransi pengertian cita-cita murni dan besar itu tidak akan berjaya,
bahkan ia akan terus gagal dan gagal dan gagal.
Nabi Muhammad
s.aw. sudah menunjukkan akhlak dan teladannya dalam perjuangan ini dan
membangunkan Madinah. Baginda berbaik dengan semua kaum, mengadakan
perjanjian dengan sesiapa sahaja termasuk puak musyirikin dan kuffar.
Baginda tidak melupaikan begitu sahaja apa lagi memeranginya. Jika
baginda obses kepada peperangan itu bukan Islam namanya. Islam adalah
Rahamatanlialamin.
Baginda juga tidak meniupkan terampil perang
tanpa usul periksa dan perang itu adalah jalan akhir setelah mata pedang
lawan melilau di leher kita. Kemanusiaan dan perdamaian diutamakan.
Hasil pendekatan itu, baginda berjaya meletakkan Islam sebagai agama
(adden) yang baik, menundukkan musuh dengan akhlaknya sehingga musuh
akhirnya akur. Musuh Islam berundur bukan kerana hunjaman pedang dan
luapan keegoisan tetapi kerana kemurnian akhlak dan kehemahan berbicara.
Kepada adik-adik yang berkecamukan dalam media sosial, yang menegakkan
keegoisan masing-masing atas nama politik, mempertahankan siasah
masing-masing hendaklah mengheningcipta diri masing-masing mengerti dan
memahami hakikat politik itu. Belajarlah menjadi dewasa sebelum usia
melangkau panjang.
Jangan kita berbuat sesuatu yang tidak
diketahui erti dan hujung pangkal, kerana kerja sebegitu hanya sia-sia
sahaja. Politik dalam erti kata atau difinasi tadi bukan perkara yang
boleh diseronokkan.
Realiti Malaysia, harus didedari, dihoramti dan diatasi dengan penuh bijaksana. Trims.
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan