H355: Dari sisi lain kejayaan H355 hari ini Umno sangat senang

Oleh Mohd Sayuti Omar

Ulasan awal H355 yang masih sedang berlangsung kini. Berdasarkan kepada laporan portal berita kehadirannya mencecah 50,000 hingga jam 6:20petang.

Saya menjangkan jumlah itu akan bertambah sekitar 5,000 lagi menjelang kemuncaknya, jam 10:00 malam nanti menjadi jumlahnya 55,000 hingga 60,000. Utusan Malaysia esok dan TV3 akan memberi kredit himpunan itu mencecah 200,000 hingga 350,000 yakni mencapai angka yang disasarakan.


Jumlah itu subjektif sebenarnya. Mungkin ia benar jika dikira dengan jumlah bayi yang dibawa dalam perut seperti mana kata seorang pemimpin parti agama dari Pahang.

Saya tidak mahu musykil tentang berapa jumlah itu. Ia tidak pelik kerana kehadiran itu diuruskan dengan baik, segala kemudahan disediakan. Katanya ratusan buah bas persiaran masuk ke ibu kota KL sejak malam tadi.

Tetapi yang saya perhitungkan kini, ialah apakah keuntungan politik (undi) yang bakal parti agama perolehi nanti.

Sebahagian besar yang hadir mereka dibawa umur 21 tahun, di mana mereka tidak ada hak untuk mengundi dalam pilihan raya terdekat ini.

Dalam pilihan raya nanti mereka tidak akan dapat memastikan calon parti agama menang. Suka atau tidak dengan berlaku perpecahan, undi Pas akan berkurangan. Amanah akan meletakkan calon di mana juga kerusi Pas bertanding kerana "kedegilan" Pas untuk meneruskan sikap politik sombongnya untuk bertanding secara bersendirian.

Apakah dalam situasi undi berpecah, Pas boleh menang? Tidak ada guna himpunan hari ini berjaya dari segi angka, dari segi syiar tetapi Pas akan kalah dalam Piraum akan datang. Kata orang menang sorak tetapi kalah sabung.

Dari sisi lain kejayaan H355 hari ini Umno sangat senang kerana mereka sudah dapat membilang kerusi-kerusi yang bakal mereka menang, terutamanya di kerusi yang majoriti Melayu.

Ertinya Umno menerusi agensi milik kerajaan sedia memberi apa sahaja bantuan untuk memastikan proses perpechan akan terus berlaku untuk mereka dapat memerintah dan mengekalkan kekuasana mereka.

Ini mauduk yang perlu difikirkan di sebalik orang berasa gembira dengan apa yang mereka rasakan. Trims.
Share on Google Plus

About Voice Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan