Datang atau tidak ke himpunan menyokong RUU 355 di Padang Merbok 18
Februari ini bakal menentukan kerjasama antara Pas dengan Bersatu
terjalin atau tidak.
Menurut sumber, jika Bersatu serius mahu bekerjasama dengan Pas,
mereka akan menghantar wakil ke perhimpunan itu kerana itu antara yang
telah disyaratkan oleh Pas kepada Bersatu.
Sebelum ini, Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata,
pihaknya akan tetap memberikan tempoh sebulan bermula 11 Februari lalu
untuk Pas membuat keputusan bekerjasama atau tidak dengan mereka.
"Kami akan tetap memberi mereka sebulan, walaupun mereka berkata satu
bulan tidak perlu. Kami adalah orang yang sangat bermurah hati," kata
Tun Dr Mahathir Mohamad.
Ini berikutan kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Bersatu tidak perlu tunggu sebulan untuk membuat keputusan.
Menurut Hadi, partinya tidak akan berkerjasama dengan mana-mana parti yang mempunyai hubungan dengan DAP dan Amanah.
Pas akan menganjurkan himpunan raksaksa menyokong pindaan RUU 355 18 Februari ini di Padang Merbok.
"Kepala di Padang Merbok, ekor di Dataran Merdeka," kata seorang
pemimpin Pas yang bertegas mahu mengadakan perhimpunan di Dataran
Merdeka walaupun ditolak oleh pihak berkuasa.
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan