Umno nafi dakwaan bekas ketua SPR palsu 3 juta ahli

PETALING JAYA: Percubaan bekas pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjatuhkan Umno dengan mendakwa beberapa pemimpin terdahulu parti itu memalsukan bilangan ahli, boleh memakan diri.

Hari ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Rahman Dahlan menggesa bekas ketua SPR Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman, yang kini adalah naib presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), berhubung dakwaan, bertanya kepada pengerusi parti itu sendiri terlebih dahulu

.
“Ini kerana kebanyakan daripada 3 juta ahli Umno menyertai parti pada zaman (Tun) Dr Mahathir Mohamad, dan sebelumnya,” kata Rahman, merujuk kepada presiden Umno ke-4 dan paling lama berkhidmat.

“Sistem keahlian sekarang sama seperti zaman kepimpinan Dr Mahathir. Dan ramai ahli Umno menjadi ahli semasa zaman Dr Mahathir.

“Oleh itu, Rashid juga harus bertanya Dr Mahathir (mengenai dakwaan itu),” kata Rahman kepada FMT.

Bercakap pada seminar PPBM-DAP di Alor Star pada Sabtu, Rashid mempertikaikan 3 keahlian 3 juta ahli Umno, berkata pemimpin bahagian parti itu pada masa lalu, mengambil nama pengundi terus daripada daftar pemilih untuk menubuhkan cawangan di seluruh negara.

Beliau menambah banyak nama yang dipilih daripada daftar pemilih, tidak sedar mereka menjadi ahli Umno.

Rahman, yang merupakan ahli Majlis Tertinggi Umno, menolak dakwaan ini dengan mengatakan ia adalah “kerja” Rashid sebagai pemimpin pembangkang untuk menjatuhkan Umno.

“Hakikatnya Umno adalah parti politik terkuat berbanding mana-mana parti di negara ini dan secara konsisten memenangi pilihan raya.

“Bukan sahaja Umno mempunyai 3 juta ahli, kami juga mempunyai berjuta-juta lagi penyokong di luar sana. Itulah caranya bagaimana kita memenangi pilihan raya.”

Seorang lagi Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Aziz Kaprawi berkata hakikat Umno memenangi semua 13 pilihan raya umum, membuktikan ia disokong bukan sahaja 3 juta ahli berdaftar, tetapi juga pengundi akar umbi di seluruh negara.

Beliau turut menafikan dakwaan Rashid, mengatakan proses pengambilan dan pendaftaran ahli Umno dilakukan sendiri, bukannya dijalankan pihak lain.

“Kami mempunyai data, maklumat, statistik. Bagaimana Rashid lebih mengetahui mengenai parti atau proses pengambilan dan pelantikan, daripada pengurusan parti itu sendiri.

“Saya pemimpin Umno bahagian, dan saya tahu dakwaannya tidak benar. Jika kita memalsukan nombor dengan hanya mengambil nama daripada daftar pemilih, kita tidak akan mampu bertahan selama ini.

“Atau dapat memenangi pilihan raya kecil Kuala Kangsar dan Sungai Besar, dengan majoriti lebih tinggi,” kata Aziz, yang juga ketua Umno Bahagian Seri Gading.
Share on Google Plus

About Voice Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan