Oleh AHMAD AMZAD HASHIM
SURAH
al-Hujuraat ayat 12 menyuruh orang orang beriman supaya jauhi
prasangka yang terlarang (dalam keadaan tidak wajar kepada orang yg
beriman) kerana prasangka sedemikian sebahagiannya dosa.
Jika
kita mahu hidup dengan sentiasa menyibukkan diri mencari cari dan
mereka-reka sehingga obses yang bertukar menjadi seolah-olah keimanan
terhadap sesuatu yang rekaan fantasi diri sendiri, maka ketika itu kita
akan ditipu diri sendiri.
Masyarakat luar yang merdeka dari apa yang
kusut dalam kepala kita boleh menilai jelas sama ada kita ini berpijak
pada realiti dan objektiviti atau tidak.
Kerana itu, pohonlah petunjuk Allah SWT.
Dalam
soal fitnah pemimpin pemimpin PKR, PAN dan DAP terhadap PAS, jika PAS
mahu, banyaklah yang boleh dibuat andaian andaian, teori teori
penyaluran dana kepada PKR dan DAP khususnya kepada pemimpin mereka
sendiri yang sedang satu persatu berdepan tindakan SPRM.
Rasuah
dan penyelewengan di kalangan Pemimpin Umno dan BN sudah diketahui
umum. Rakyat dah tahu besar kecilnya yang kini menggoncang negara. BN
dan Umno wajib diturunkan.
Tapi menampilkan jalan keluar kepada rakyat mestilah pilihan yang bersih dan tidak rosak oleh budaya yang sama.
PAS
sebagai Parti Islam sangat keras tindakan akar umbinya yang tidak akan
berkompromi dengan apa-apa yang melanggar hukum hukum Allah. Pemimpin
yang ada isu integriti tidak akan duduk lama dalam PAS. Mereka ditolak
awal awal.
Kerana itu setiap pemimpin PAS diperhati dan jadi
bahan kritik hatta perkara perkara yang kecil jika berlaku dalam parti
lain, tapi sebesar gajah dianggap salah walaupun perkaranya kecil
sahaja jika dikaitkan dengan pemimpin PAS.
Saya pun boleh berteori banyak punca penyaluran dana kepada PAN, DAP dan PKR.
Tun
Daim, Mokhzani Mahathir, Taikun taikun Judi dan Hartanah dan pelbagai
lagi kroni era Mahathir semuanya kita tahu bukan kepalang dana modal
pemilikan mereka.
Rangkaian belakang DAP, yang berkeliling sekitar pemimpin PKR untuk projek projek di Selangor dan Pulau Pinang.
Banyak prasangka yang boleh diandai-andaikan.
Keterangan Raja Petra, malah dibuka lebih banyak maklumat lagi oleh Cikgu Bard tidak mengejutkan.
Itu baru bunga-bunga.
Sebagai
Parti Islam, PAS tidak merasa perlu menggelisahkan rakyat dari fokus
menjayakan misi menggantikan regim pemerintahan BN yang sedang
merosakkan negara ini dengan menimbulkan keraguan melampau kepada parti
parti pembangkang yang lain pula yang juga punya misi yang serupa.
Kerana rakyat cuma ada dua pilihan. Kekalkan BN atau tukar dengan pilihan yang baru.
Rakyat mengharapkan sesuatu yang lebih matang, berhemah, tidak caca marba dan sejahtera dalam pilihan mereka.
Kerana itu PAS amat berpada pada.
Isu
SPRM Lim Guan Eng, PAS tidak panaskan. Isu terowong dan sistem
pengangkutan baru yang berbillion di Pulau Pinang, pengambilan tanah,
PAS belum mahu peningkan rakyat dengan teori dan andaian liar. Kita
terima dan kaji dulu segala maklumat.
Begitu jugalah dengan apa
yang berlaku di Selangor. Ketua AMK ditahan SPRM cuma bunga-bunga
sahaja. Ketuanya ada. Rangkaiannya tentu diperhati pihak berkuasa.
PAS
tetap dengan prinsipnya bahawa selagi kita meletakkan Islam dalam
keadaan memimpin kita, maka sejahteralah akal kita, roh kita, hidup
kita, badan kita, keluarga, negeri dan negara.
Berbilang kaum dan
agama, hidup harmoni dan sejahtera dalam kemajuan dan kemakmuran dari
negara yang baik pemimpinnya dan baik kualiti rakyatnya
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan