Oleh Mohd Sayuti Omar
Bekas
timbalan presiden parti agama (Pas) Nasharuddin Mat Isa telah pun
menjawab kenyataan berupa dakwaan oleh Naib Presiden PKR Rafizi Ramli
semalam yang mengatakan ada pengaliran wang dari akaun Najib Razak ke
dalam akaunya.
Sehubungan itu beliau juga menyerahkan
kepada pasukan peguamnya untuk memulakan tindakan terhadap Rafizi.
Nasharuddin tidak pula membuat Akuan Bersumpah menafikan dakwaan Akaun
Bersumpah Rafizi.
Semalam Rafizi telah mendedahkan apa yang
didakwanya maklumat mengatakan berlaku aliran wang dari akaun Najib
Razak yang disonglapkan dari dana 1MDB ke dalam akaun Nasharuddin.
Tuduhan Rafizi itu dilihat bertanggungjawab kerana beliau mendedahkan
dengan membuat Akuan Bersumpah (SD).
Rafizi menyebut perkara
itu bersumber daripada pegawai kanan SPRM yang telah menyiasat
kedudukan kewangan SRC International syarikat yang dikatakan telah
menyedut wang 1MDB. Dalam erti kata lain dakwaan Rafizi terhadap
Nasharuddin itu dalam pengetahaun SPRM.
Kata Rafizi beliau
mengesyaki wang yang mengalir ke dalam akaun Nasaruddin itu sebagai
imbuhan kepada usaha bekas ahli Parlimen Bachok itu untuk membawa Pas
bekerjasama dengan Umno.
Rafizi mendakwa dia mengetahui jumlah
yang dimasukan ke dalam akaun Nasharuddin dari akaun peribadi Najib
Razak, tetapi tidak menyebut berapa jumlah kerana menghormati pemberi
maklumat.
Jawaban Nasharuddin terhadap tuduhan Rafizi itu
menjadikan isu yang kini mendapat perhatian ramai itu menjadi semakin
menarik. Sebelum ini beberapa pemimpin Pas "terloncat-loncat" menafikan
mereka tidak menerima apa-apa pemberian wang dari Nasharuddin sambil
menyatakan Nasharuddin sudah tidak ada hubungan dengan Pas.
Untuk menguatkan penafian itu ada pemimpin kanan Pas menjelaskan yang
Nasharuddin sudah pun dipecat daripada Pas. Kenyataan itu mengelirukan
kerana sehingga kini tidak ada pengumuman rasmi mengatakan Nasharuddin
bukan lagi ahli parti agama itu.
Dakwaan pemimpin Pas itu
dilihat terlalu gopoh serta menunjukkan parti itu cemas dengan
pendedahan Rafizi. Pas sepatutnya tidak mudah menafikan hubungan dengan
Nasharuddin sebaliknya menyerahkan dakwaan Rafizi itu kepada pihak
berkenaan untuk disiasat. Seeloknya selepas siasatan siap baharulah
buat kenyataan.
Boleh jadi Nasharuddin sudah tidak ada
hubungan dengan Pas, tetapi peranan dan usahanya sebelum ini yang
melaksanakan arahan Majlis Syura Ulama (MSU) untuk mengadakan "tahalul
syiasi" dengan Umno tidak boleh dinafikan ia satu kejadian benar dan
bukan dalam mimpi.
Nasharuddinlah menjadi mediator menemukan
bekas PM Abdullah Ahmad Badawi dengan beberapa pemimpin Pas. Bekas
Setiausaha Politik Abdullah, Md Alwi Che Amat mengesahkan perkara ini
kepada saya. Bahkan menurut Nasharuddin sekiranya tahalul syiasi itu
berjaya Pas akan diperuntukan dua menteri dan tiga orang timbalan
menteri dalam kabinet Abdullah.
"Haji Hadi berjumpa dengan Pak
Lah dua kali di Putrajaya, kawanlah yang bawa dengan kereta kawan. Ada
sama ialah Nasharuddin Mat Isa", itulah ayat Alwi.
Nasharuddin pernah melahirkan perasaan usaha mengadakan hubungan dengan
Umno itu sesuatu yang malang baginya kerana gara-gara itu dia dimarahi
oleh bekas Mursyidul Am Pas, Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Kedudukannya dalam Pas ketika itu menjadi kontroversi dan dilihat sebagai seorang talibarut.
Nik Aziz tidak setuju kalau Pas bekerjasama dengan Umno. Apakah tidak
mungkin selepas bekas MB Kelantan itu meninggal dunia usaha itu
diteruskan dengan langkah dan pendekatan lebih kemas lagi tanpa
diketahui pemimpin Pas yang lain?
Berbalik kepada soal dakwaan
Rafizi dan penafian Nasharuddin itu perlu diserahkan kepada pihak
berwajib menjalankan siasatan biar ianya menyiasat tanpa diganggu.
Hasil siasatan nanti akan mendedahkan kedudukan sebenar, siapa
berbohong dan siapa yang benar.
Dalam soal ini kita berharap
SPRM dapat melaksanakan tugasnya dengan baik menyiasat dakwaan Rafizi
itu. Peguam Negara janganlah cuba menutup kes ini kerana ingin
melindungi pembabitan Najib Razak sehingga ia menutup dan menyelamat
sama Nasharuddin Mat Isa.-http://msomelayu.blogspot.my/
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan