Oleh Mohd Fadhli Othman
Dunia tanpa sempadan menjadi kayu ukur kepada sesebuah negara yang ingin
mengecapi kejayaan dari sudut intelektual dan pembangunan pemodenan
semasa. Maklumat di hujung jari mampu menggerakkan manusia terus
melayari dan menerobos dunia tanpa mengira waktu dan di mana sahaja kita
berada.
Kuasa internet ini tidak mengenal usia dan peringkat umur. Hal ini
menyebabkan manusia sering bergantung dengan dunia internet bagi
memenuhi ruang fizikal dan psikologi. Maka ketagihan terhadap alam maya
tidak dapat dibendung lagi.
Isu pornografi, merupakan isu yang bersangkut paut dengan alam maya.
Virus ini tidak mengenal usia dan pangkat atau gelaran. Semakin hari isu
ini semakin serius di kalangan rakyat Malaysia. Namun begitu, isu ini
seolah olah dipandang enteng oleh masyarakat di Malaysia.
Ramai menyangkakan, isu ini merupakan ‘personal’ atau bersifat peribadi,
namun begitu jika dibiarkan maka kebobrokan akan berlaku dalam kalangan
masyarakat yang kian lama tenggelam dalam arus dunia tanpa sempadan
ini.
Pornografi, merupakan bahan yang mudah untuk diperolehi. Zaman kini,
telefon pintar boleh dimiliki oleh sesiapa sahaja. Dari budak yang
berumur 3 tahun hingga orang tua berumur 60 tahun, bahan pornografi ini
amat mudah dilayari tanpa sebarang tapisan.
Statistik menunjukkan pada tahun 2001 dianggarkan sebanyak 70,000 hingga
74,000 laman pornografi wujud di internet. Pada tahun 2002, Websense
telah mengeluarkan catatannya peningkatan laman sesawang pornografi
sehingga 88,000 dan hampir mencecah 1.6 juta laman pornografi pada tahun
2004. Terbaru, family safe telah merekodkan sebanyak 4.2 juta laman
sesawang pornografi dan telah mendominasi 12% jumlah laman sesawang di
internet .
Hasil carian ini sedikit sebanyak membuka mata kita menyedari kehadiran sesu
atu yang tidak sihat dan mampu memberi impak yang buruk kepada diri kita, keluarga dan masyarakat sekeliling.
MENTALITI PENAGIH PORNOGRAFI
Rokok dan dadah adalah musuh utama rakyat Malaysia. dalam ucaptama
Persidangan Ketagihan Nikotin Kuala Lumpur ‘Berhenti Merokok di
Malaysia’ 2015, Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata sejumlah 20,000
rakyat negara ini, meninggal dunia setiap tahun akibat tabiat merokok
dan bilangan tertinggi perokok dalam kalangan lelaki adalah kumpulan
umur antara 15 dan 24 tahun.
Jelas di sini , permasalahan rokok kita dapat melihat secara zahirnya.
Namun tidak pula pada ketagihan pornografi. Ketagihan pornografi hanya
dapat disedari oleh si pelakunya sahaja. Amat susah seseorang itu kita
hendak kategorikannya sebagai seorang penagih pornografi.
Lalu, bagaimana mentaliti penagih pornografi ini ? Tepuk dada tanya
diri, adakah ciri-ciri ini ada pada diri kita tatkala kita seronok
melayani pornografi tanpa ada rasa bersalah. Sekiranya ada, maka secara
tidak sedar mentaliti kita sedang dipengaruhi virus pornografi.
Normal
Seseorang yang mengalami ketagihan pornografi, pada mulanya akan
merasakan kurang selesa dengan aktiviti pengembaraan pornografinya.
Namun lama kelamaan akan timbul keselesaan dan mampu menyesuaikan diri
dalam apa jua keadaan bersama virus ini.
Hal ini membuatkan penagih akan mencari dan terus mencari bahan
pornografi dan menganggap perkara ini normal. Seperti mana seseorang
yang ketagihan merokok lama kelamaan menganggap akviti ini merupakan
satu rutin yang wajib demi melepaskan kepuasan.
Sikap normal terhadap ketagihan pornografi ini akan membawa penagihnya
mencari dan melayari sumber pornografi yang lebih keterlaluan demi
mencapai kepuasan diri.
Toleransi
Di dalam Dewan Bahasa dan Pustaka toleransi bermaksud sikap sabar dan
bertolak ansur atau berlebih kurang. Hal ini berlaku di dalam diri
seseorang yang ketagihan pornografi.
Individu yang terjebak dengan virus pornografi sebenarnya telah
bertoleransi dengan bahan yang mereka gemari. Walaupun, individu ini
sedia maklum mengenai keburukan pornografi, namun mereka tetap ingin
berdamping dek kerana keseronokan yang sementara.
Perasaan ini berlaku kerana telah ada sikap kebiasaan atau normal yang
akhirnya perasaan toleransi terhadap pornografi ini bercambah walaupun
virus ini telah menghancurkan kecerdasan fizikal, intelektual, emosi dan
juga rohani.
Impaknya, pada peringkat awal penglibatan individu dalam kancah
pornografi, mereka telah menemui pornografi jenis lembut atau softcore
porn seperti video atau imej pelacur. Lama kelamaan, keperluan biologi
semakin meningkat dan mendesak diri penagih beralih kepada hardcore porn
bagi memuaskan nafsu mereka. Teruk lagi, penagih pornografi ini akan
mencari pemangsanya. Ini dinamakan acting out di dalam tahap ketagihan
Nafi.
Penafian merupakan senjata utama bagi seseorang penagih pornografi untuk
menyatakan diri mereka sebenarnya di dalam ketagihan dan memerlukan
rawatan.
“owh, saya tak ketagih pornografi ‘
“Pornografi ? x da la…..saya tengok gitu gitu jer ‘
“saya tengok jer…suka-suka….x de lah sampai ketagih “
Sebenarnya, penagih pornografi tidak bermaksud begitu. Apa yang mereka
ingin nyatakan ialah “ aku boleh jer kawal ketagihan ini “ . Situasi ini
sebenarnya merupakan bayangan atau angan angan mereka sahaja.
Masyarakat melayu kata, nak sedapkan hati sahaja.
Hakikatnya, penagih pornografi ini akan terus mengembara melayari dunia
pornografi ini kerana mereka telah rasa biasa dan boleh bertoleransi
dengan apa jua keadaan dan situasi.
Lemah
Mentaliti individu yang mengalami ketagihan pornografi akan menyebabkan
mereka lemah dalam semua aspek kehidupan. Kelemahan ini dapat dikesan
daripada pengamalan hidup mereka seharian.
Individu yang mengalami ketagihan pornografi akan menyebabkan otaknya
lemah di dalam menjana buah fikiran yang baik. Setelah itu, mereka akan
mengalami gangguan emosi yang keterlaluan dan akan membawa kepada rendah
keyakinan diri.
Akhirnya, fizikal si penagih pornografi akan lesu dan tidak bermaya. Hal
ini boleh dilihat dari sudut pencapaian kerjayanya atau aktivitinya.
4 mentaliti ketagihan pornografi ini hanya boleh dirasai oleh individu
yang telah terjebak dengan virus pornografi. Teman rapat atau ahli
keluarga tidak berupaya mengesan akannya sekiranya tiada hubungan rapat
dengan penagih pornografi
.
Pengalaman penulis sepanjang mengendalikan seminar dan bual bicara
GOODBYE PORNOGRAPHY adalah dengan mendekati peserta mengikut tahap atau
aras pemikiran mereka. Bahasa badan, pemilihan kata dan gaya Bahasa
memainkan peranan yang penting di dalam menyampaikan tajuk ini.
Kesannya, peserta yang telah mengalami ketagihan pornografi ini akan
mudah meluahkan segala apa yang mereka lalui. Maka di sini, penulis
dapat mengenal pasti serba sedikit tentang mentaliti penagih virus
pornogarfi ini.
Secara tidak langsung khidmat bimbingan dan kaunseling dapat diberikan
mengikut kesesuaian individu yang ketagih dengan virus pornografi.
Pada masa akan datang kita akan bicarakan langkah langakah asas yang
boleh diambil oleh individu yang ketagih pornografi dalam menangkis diri
mereka dari terus terjebak.
GOODBYE PORNOGRAFI
SEDAR – DIDIK – CEGAH
PENULIS:
Mohd Fadhli Othman
PENGENDALI MODUL GOODBYE PORNOGRAFI
SEKETARIAT PUSAT MOTHERS AGAINST PORNOGRAPHY
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan