PKR: Krisis dengan Mahathir tidak berulang, Anwar jadi PM

SHAH ALAM,  — Ketua Angkatan Muda Keadilan percaya ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal menjadi perdana menteri tanpa halangan.

Nik Nazmi Nik Ahmad yakin sejarah hitam antara mereka “tidak akan berulang” kerana kedua-dua tokoh itu kini “lebih matang”.

Beliau juga menyifatkan persefahaman antara Tun Dr Mahathir Mohamad dan Anwar berbeza dengan situasi  pada1998.
 
“Memang ada isu sana sini yang kecil tapi secara umumnya saya lihat perjalanannya itu menuju sebagaimana yang kita rancang,” katanya dalam program Sinar Live: Ke Mana PKR Selepas 20 Tahun.

Mengikut ketetapan Pakatan Harapan, Mahathir akan berundur sebagai perdana menteri selepas dua tahun dan digantikan Anwar.

Pada 1998, Anwar diuar-uar sebagai pengganti Mahathir tetapi bekas timbalan perdana menteri itu dipecat hingga mencetuskan gelombang reformasi.
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

1 comments:

  1. Depa PKR sahaja yang mahu Anwar jadi PM. Orang lain macam mana? Ramai yang tak mau dia jadi PM sebab tak berkelayakan memimpin dan menyelsaikan masalah. Ingat dulu, bila diberi tanggungjawab menyelasaikan masalah kewangan, lagi teruk dia buat kat negara kita.

    Anwar ni pandai berpidato sahaja tapi tak tahu nak ke mana; no direction, sat tu kemudian sat ni. Berbelit2. Boleh percaya ke? Semua gila kuasa sahaja. Nanti jadi UMNO 2.0 la PKR ni.

    BalasPadam