Calon PM: Pemimpin PH tidak serik lagi untuk menjadi seperti Mat Jenin.?

Oleh Syed Ahmad Fadhli

Belum pun PRU 14 berlangsung, Pakatan Harapan sudah mula bergolak dek kerana masing-masing hendak berebut menamakan calon Perdana Menteri ke 7.

PKR dengan yakinnya menamakan Anwar Ibrahim sebagai calon mengisi posisi tersebut. PKR turut menamakan Wan Azizah sebagai calon PM Peralihan.


DAP kelihatannya agak bersetuju dengan idea tersebut atau mungkin dalam diam DAP juga memasang impian dan angan-angan agar calon PM daripada partinya sendiri.

PAN pula masih berdiam-diri dalam isu ini, mungkin mereka agak segan untuk mencadangkan nama Presidennya, Mat Sabu sebagai calon PM baru.

Namun, Naib Presiden PAN, Husam Musa pula berpandangan calon yang layak ialah Tun Mahathir kerana katanya Tun M kini sudah "re-born Mahathir".

Wah,sungguh luar-biasa pandangan Husam ini, mungkin dia dapat melalui ilham mimpi kali ke 16 kot.

PPBM pula secara zahirnya tidak bersetuju dengan idea PKR ini. Semestinya mantan TPM, Tan Sri Muhyiddin turut menanam impian untuk menjadi PM setelah dia dicantas oleh PM Najib sebelum pada ini.

Melihatkan gelagat PH ini maka amat selayaknya mereka ini terus menjadi pakatan yang hanya 'berharap' sesuatu yang belum pasti.

Pilihan Raya pun belum menang lagi, sudah berebut untuk mengagih jawatan.

Adakah mereka begitu yakin Pakatan Harapan akan berjaya menawan Putrajaya nanti.?

Silap gaya nanti, mereka hanya akan mengulangi kisah kegagalan Kerajaan 16 September, idea yang dipelopori oleh Anwar pada tahun 2008 dulu.

Apa yang berlaku kesudahannya.?

Kerajaan Pusat pimpinan BN tidak pun tumbang, Kerajaan Negeri Perak pimpinan Pakatan Rakyat pula yang tumbang dek kerana pengkhianatan ADUN PKR dan DAP yang melompat.

Adakah Pemimpin PH tidak serik lagi untuk menjadi seperti Mat Jenin.?
Share on Google Plus

About Voice Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan