Pengurus kapal layar Equanimity akan dilantik, kata peguam

Peguam Jeremy Joseph yang mewakili 1MDB berkata pengurus kapal yang berkelayakan dan kompeten akan dilantik dalam masa terdekat untuk menguruskan kapal pesiaran mewah Equanimity sepanjang tempoh penyitaan di Pelabuhan Klang.

Beliau berkata seorang pengurus keselamatan diperlukan untuk menjaga keperluan Kapten dan 17 kru kapal itu, yang tiba Selasa.

“Yang penting sekarang ialah memastikan kita melantik seorang pengurus kapal yang berkelayakan dan kompeten (syarikat) untuk menguruskan kapal tersebut semasa tempoh penyitaan.

“Kita juga mahu aspek keselamatan kapal tersebut diperketatkan semasa ia berlabuh di terminal Boustead Cruise Centre,” katanya selepas menghadiri mesyuarat selama dua jam dengan wakil dari pasukan polis dan tentera laut Malaysia di terminal Boustead Cruise Centre semalam  seperti dilapor Bernama.

Equanimity, dilaporkan bernilai RM1 bilion, tiba di sini semalam dan dipercayai sebahagian daripada aset yang dibeli menggunakan dana dari 1MDB.

Ahli perniagaan Low Taek Jho atau Jho Low, yang dikatakan adalah pemilik kapal mewah itu, sedang diburu oleh pihak berkuasa untuk membantu siasatan terhadap MDB.

Joseph berkata pelantikan pengurus kapal akan dilakukan melalui proses mahkamah apabila “sheriff of the Admiralty court” akan membuat keputusan muktamad mengenai perkara itu.

Beliau juga berkata Equanimity akan dijual melalui proses mahkamah yang dikenali sebagai jualan kehakiman kepada pembida yang menawarkan harga tertinggi.

“Kita tidak mahu menyimpan kapal gtersebut terlalu lama kerana semakn lama anda menyimpannya, lebih banyak nilainyan akan menyusut,” katanya.

Joseph adalah sebahagian daripada pasukan terdiri daripada enam orang peguam diketuai oleh Sitpal Selvaratnam, yang dilantik oleh Jabatan Peguam Negara, untuk memulakan saman Admiralty In Rem, sebaik sahaja Equanimity berlabuh di terminal itu semalam.

(Tindakan dalam saman Admiralty In Rem adalah tindakan secara langsung terhadap harta selaku defendan.)
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan