PETALING
JAYA: Menuduh parti pembangkang mampu mempengaruhi Jabatan Kehakiman
(DoJ) Amerika Syarikat satu kebodohan luar biasa, kata bekas perdana
menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Beliau menjelaskan keadaan di Amerika Syarikat berbeza dengan di
Malaysia, di mana presiden pun terpaksa menerima laporan berkenaan
salahlakunya daripada pegawai mereka.
“Amerika Syarikat bukan seperti Malaysia,” kata Dr Mahathir dalam
blog hari ini. “Presiden biasa disingkir kerana perbuatan yang salah
yang dilapor oleh pegawai agensi tertentu.”
“Itulah yang menimpa Presiden Nixon kerana skandal Watergate.”
Beliau menepis dakwaan pembangkang mampu mempengaruhi DoJ kerana
tuntutan saman jabatan kerajaan AS itu mengenai jenayah yang dilakukan
di negara itu, melibatkan bank dan harta di sana yang menyalahi
undang-undang AS.
“Menuduh parti pembangkang di Malaysia mampu mempengaruhi DoJ adalah satu kebodohan yang luar biasa,” katanya.
“Semua ini tentu diketahui oleh orang Umno, terutama pemimpin mereka.
Hanya yang telah disumbat dedak dalam mata dan telinga sahaja yang buta
dan pekak yang tidak tahu.”
DoJ melalui tindakan terbaru yang difailkan di California mahu
menyita AS$540 juta (RM2.3 bilion) aset termasuk karya seni, barang
kemas dan hak filem yang dibeli dengan dana yang didakwa digelapkan dari
1MDB.
Aset yang disebut dalam tuntutan itu termasuk hak filem ke atas 2
cerita komedi, “Dumb and Dumber To” yang dibintangi Jim Carrey dan
“Daddy’s Home” yang dibintangi Will Ferrell. Pembikian filem itu didakwa
dibiayai jutaan dolar dari dana pelaburan milik kerajaan itu.
Saman sitaan Julai tahun lepas mahu mendapatkan kembali semua aset
termasuk tetapi tidak terhad kepada Hotel Park Lane di New York, sebuah
hotel mewah di Beverly Hills, kondominium di New York, jet mewah, karya
seni, serta biaya filem Martin Scorcese “The Wolf of Wall Street”, yang
dibintangi Leonardo DiCaprio.
Keseluruhan nilai aset yang cuba didapatkan DoJ meningkat kepada
AS$1.8 bilion (RM7.7 bilion) dengan tindakan mahkamah terbaru itu.
DoJ mendakwa dari 2009 hingga 2015, lebih AS$4.5 bilion (RM19 bilion)
milik 1MDB dilencongkan pegawai tinggi dana itu dan rakan mereka.
“Laporan DoJ menunjuk bagaimana berbillion ringgit yang diselewengkan
disalahguna…duit diguna untuk beli kapal terbang, kapal mewah, hartanah
dan bangunan mewah di AS dan United Kingdom, berlian beratusan juta
ringgit sebiji,” kata Dr Mahathir.
“Kita tahu di Singapura beberapa bank hilang lesen kerana terlibat
dengan salahlaku wang 1MDB dan lebih 6 orang didenda dan dipenjara
kerana terlibat dengan penipuan duit 1MDB,” katanya.
Sementara itu, bekas perdana menteri mencatatkan rasa sedih melihat
masih ramai ahli Umno masih bersama Umno sewaktu lawatannya ke Kubang
Pasu, Kedah 21 Jun lalu.
Dr Mahathir berkata beliau kembali buat pertama kali selepas 14 tahun
meletak jawatan sebagai ketua bahagian Umno, untuk berbuka puasa di
Kodiang.
“Ramailah juga ahli-ahli Umno Kubang Pasu yang hadir dalam acara
iftar itu. Saya sedih kerana ramai lagi dari mereka yang masih berada
dalam Umno,” katanya.
“Tebuslah balik maruah Melayu, agama Islam. Janganlah begitu taksub
kepada parti sehingga penyelewengan oleh parti pun tidak dipedulikan.”
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan