NGO Felda: Rombak Lembaga Pengarah FGV, buang ahli statik

PETALING JAYA: Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) menyokong cadangan Gabungan Wawasan Generasi Felda (GWGF) agar Lembaga Pengarah Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) dirombak semula dengan memasukkan 3 wakil Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda).

Presidennya, Mazlan Aliman berkata, rombakan itu perlu kerana ada di kalangan ahli Lembaga Pengarah FGV yang tidak mempunyai latar belakang dalam sektor perladangan.

“Anggota Lembaga Pengarah (FGV) harus mempunyai latar belakang dalam sektor perladangan.
“Yang keduanya, ada anggota yang sudah tidak mampu dan statik dalam membawa perubahan ke arah prestasi lebih baik,” katanya

Semalam, Pengerusi GWGF, Tan Sri Razali Ismail dilaporkan berkata, rombakan itu bagi memastikan sebarang keputusan dibuat syarikat senaraikan awam itu dapat diketahui terus golongan peneroka dan generasi Felda selaku pemegang saham terbesar FGV.

Razali berkata, ramai peneroka dan anak mereka ialah golongan terpelajar serta profesional yang mampu memberikan buah fikiran bernas untuk pembangunan dan pemantapan ekonomi FGV.

Kemelut FGV mendapat perhatian umum apabila Lembaga Pengarahnya mengarahkan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif FGV, Datuk Zakaria Arshad serta 3 pegawai pengurusan kanan FGV dan anak syarikatnya bercuti mulai 6 Jun lalu.

Tiga pegawai kanan itu ialah Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan FGV, Ahmad Tifli Mohd Talha, Ketua Pegawai Eksekutif FGV Trading, Ahmad Salman Omar dan Pengurus Besar Kanan Delima Oil Products Sdn Bhd, Kamarzaman Karim.

Susulan itu juga, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memulakan siasatan terhadap syarikat senaraian awam tersebut.
PETALING JAYA: Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) menyokong cadangan Gabungan Wawasan Generasi Felda (GWGF) agar Lembaga Pengarah Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) dirombak semula dengan memasukkan 3 wakil Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda).
Presidennya, Mazlan Aliman berkata, rombakan itu perlu kerana ada di kalangan ahli Lembaga Pengarah FGV yang tidak mempunyai latar belakang dalam sektor perladangan.
“Anggota Lembaga Pengarah (FGV) harus mempunyai latar belakang dalam sektor perladangan.
“Yang keduanya, ada anggota yang sudah tidak mampu dan statik dalam membawa perubahan ke arah prestasi lebih baik,” katanya kepada FMT hari ini.
Semalam, Pengerusi GWGF, Tan Sri Razali Ismail dilaporkan berkata, rombakan itu bagi memastikan sebarang keputusan dibuat syarikat senaraikan awam itu dapat diketahui terus golongan peneroka dan generasi Felda selaku pemegang saham terbesar FGV.
Razali berkata, ramai peneroka dan anak mereka ialah golongan terpelajar serta profesional yang mampu memberikan buah fikiran bernas untuk pembangunan dan pemantapan ekonomi FGV.
Kemelut FGV mendapat perhatian umum apabila Lembaga Pengarahnya mengarahkan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif FGV, Datuk Zakaria Arshad serta 3 pegawai pengurusan kanan FGV dan anak syarikatnya bercuti mulai 6 Jun lalu.
Tiga pegawai kanan itu ialah Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan FGV, Ahmad Tifli Mohd Talha, Ketua Pegawai Eksekutif FGV Trading, Ahmad Salman Omar dan Pengurus Besar Kanan Delima Oil Products Sdn Bhd, Kamarzaman Karim.
Susulan itu juga, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memulakan siasatan terhadap syarikat senaraian awam tersebut.
Share on Google Plus

About Voice Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan