Catatan Boboi FC.
1.Road show orang kanan Mukhriz di Kedah tak berkesudahan.
2. Di sana sini gah ucapannya menghasut rakyat kunun kerajaan yang ada bersikap kleptokrasi..menyamun saja kerjanya.
3. Dari Kulim Ke Langkawi susuk tubuh ini asyik memperlekehkan PM,
isterinya dan seperti biasa menjaja keburukan MB sekarang, yang cukup
didendami.
4. Apa tidaknya dengan
takdir Allah SWT dan kesan bosnya dulu gagal berkhidmat sebaliknya sibuk
dengan isu isu nasional kununya, maka Azimi Daim yang rakus di MBI
beraama bosnya dulu Mukhriz Mahathir diberi ujian untuk hilang jawatan.
5. Memang agak malang. Orang yang kini bercakap tentang soal integriti
dan mahu selamatkan Malaysia dan Kedah kununya, tatkala diberi amanah,
menyamun semahunya.
6. Dana MBI untuk manfaat rakyat diagih,
difaraid dan dari jumlah aliran tunai RM40 juta tatkala Bashah memasuki
pejabat selaku MB Baru tanggal 4 Febuari 2016 yang berbaki hanyalah
RM1.8 juta.
7. Tanpa diketahui apa dan untuk tujuan apa
dibelanjakan.Resit perbelanjaan juga tiada barangkali inilah kesan biaya
penganjuran Ya hanana atau kerja buat Mukriz dan gerombolannya yang
selfie merata rata.
8. Dari Kodiang sampai ke London, membawa.ke Tokyo sehinggalah ke Dubai.
9. Jika inilah integriti dan amanah yang kunun dikata menjadi prinsip
dan baiah Parti Bunga maka nyatalah mereka sekadar berbohong serata
rata.
10. Jika inilah yang dikatakan mahu Selamatkan Malaysia dan
Kedah khususnya, yang paling nyata mereka mahu selamatkan diri sendiri.
11. Agar segala kudis, kurap dan panau boleh ditutupi. Namun bangkai gajah jikapun ditutup tetap berbau juga.
12. Kudia dan kurap ini termasuklah skandal memualkan Azimi Daim yang
terkenal sebagai Mat Bunga Playboy tua dengan staf pejabat MBI sendiri
dan rakan wartawan yang boleh tahan 'bergetahnya'.
13. Witch hunting dan segala rekod kerja buruknya bersama angkatan gerombolan kaki manipulasi sekelilingnya boleh didedahkan.
14. Jika Azimi sudah menjual dan memukul gendang kita bersedia menari
mengikut tarian untuk pembongkaran salahlaku memalukan yang menjadi
tabiatnya.
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan