Menggunakan nama samaran Awang Selamat, ia berkata keadaan itu memberi mesej jelas yang kempen itu ditolak oleh rakyat dan tidak lagi mendapat sokongan ahli PKR.
"Ia jelas yang jenama Anwar sebagai pemimpin politik terjejas teruk kerana perbezaan pendapat dan hubungan sumbang dengan DAP. Era Anwar sudah berlalu."
Awang berkata ini diburukkan lagi dengan PAS, yang menyokong Anwar, memutuskan hubungan dengan PKR dan DAP.
Awang berkata perkembangan baru itu petanda buruk bagi Anwar dan PKR serta realiti yangberubah.
Anwar sedang menjalani hukuman penjara lima tahun kerana meliwat, hukuman yang didakwa pembangkang berdasarkan tuduhan yang direka pentadbiran Perdana Menteri Najib Razak.
Hukuman penjara membatalkan kelayakan beliau untuk bertanding selama lima tahun kecuali mendapat pengampunan diraja
0 comments:
Catat Ulasan