Melainkan kerana politik murahan semata - mata !

Oleh Mohd Sayuti Omar

Kekalutan yang berlaku di bazar Ramadhan di Kluang Johor boleh dielakkan sekiranya semua pihak memahami peranan dan tanggungjawab masing-masing dan tidak obses kepada soal politik. Ia boleh terhindar dari terjadi kekalutan memalukan itu yang menggambarkan kehuduhan masyarakat kita yang salah merebut kemuliaan Ramahdan.

Misalnya ahli parlimen Kluang, Liew Chin Tong tidak perlu hadir sendiri ke bazar itu kalau pun hendak membuat kebajikan. Cukup dia menyerahkan kurma kepada wakilnnya beragama Islam. 

Kalau pun kalau hendak bagi juga dia boleh tunggu di luar bazar Ramadhan.


Begitu juga dengan pihak yang menghalang wakil rakyat itu. Untuk apa sampai melarang begitu keras sekali. Biarlah dia ke bazar itu dan membahagikan kurma.

 Apa patut mereka lakukan kempen mereka yang hadir itu agar menolak pemberian kurma itu, bukannya bertegang. Cara itu lagi bijaksana.

Apabila berlaku ketegangan maka keadaanya menjadi huduh yang memberikan gambaran bahawa hubungan Melayu (Islam) dengan kafir negara ini seperti anjing dengan kucing.

 Semua itu bukan kerana apa melainkan kerana politik murahan semata. Inilah dikatakan politik itu bejak kalau pemainnya tidak bijaksana. Trims.
Share on Google Plus

About Voice Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan