Penduduk Kelantan terus bergelut demi kelangsungan hidup

Oleh

KEADAAN parti politik dan ekonomi perlulah seiring. Di Kelantan, tempat di mana berpusatnya PAS, faktor itu mungkin ada signifikannya dalam pilihan raya umum akan datang.

Kota Baru menyajikan gambaran sebuah bandar sibuk dengan deretan kedai yang padat serta jalanraya dipenuhi kenderaan, namun hakikatnya, di kebanyakan kampung, banyak rumah yang usang, hanya beberapa rumah dibina lebih tinggi selepas banjir, laluannya sempit dan kotor, dan kehidupan adalah sesuatu yang sukar bagi kebanyakan mereka.

Situasi lembap di Kelantan adalah kesimpulan terbaik bagi Adonai, seorang pesara yang ditemui di pelabuhan nelayan Tok Bali. Dia menjinjing beg berisi sekilo setengah ikan kembung hampir rosak, berharga RM10 bagi enam ekor kucing peliharaannya, sementara menunggu si isteri, seorang pesara guru, membeli lauk untuk mereka sendiri.

Ditanya mengenai taraf hidup di Kota Baru, Adonai memberi jawapan klise: "Pergi ke kedai bawa RM50 untuk beli beras dan minyak dan dapatlah sedikit baki".

Dia tidak ingin memanjangkan bicara politik Kelantan, dengan sopan menegaskan tidak berminat berpolitik, tidak mengikut perkembangan politik, gembira dengan aktiviti berkebunnya.

Pendirian diplomatiknya terserlah jua apabila mengesahkan empat anak beserta keluarga mereka sudah pun berhijrah ke Kuala Lumpur demi masa hadapan.

Ini menjelaskan: "Orang muda mahu kehidupan lebih baik. Di Kelantan... kalau kepentingan agama, kemewahan...(sambil membiarkan ayatnya tergantung).

Hussain, juga seorang pesara kakitangan awam, menghabiskan sebahagian masanya di sebelah pagi dengan berkaki ayam berpalit lumpur sedalam pergelangan kaki di tebing Sungai Kelantan, di Kok Majid, Tumpat, menebar jala mencari lauk untuk hidangan tengah hari untuk dia dan tiga cucunya.

Dia juga mendakwa tidak terlibat dalam politik, dan berasa secara umumnya harga tidak banyak berbeza, ada yang naik, ada yang turun. Ia mungkin menjelaskan Mungkin ini diperjelaskan kepuasan hatinya menjalani hari persaraannya yang mudah.

Sungai itulah yang memberi makan dia dan keluarganya, tetapi tangkapan hari itu cuma beberapa ekor udang dan ikan kecil, dibongkar keluar dari perut sungai berwarna coklat teh tarik, jauh berbeza daripada tahun terdahulu. Jawapannya kepada aliran Sungai Kelantan yang berlumpur? "Politik. Balak."

Ironinya, dia turut memetik ungkapan yang sama seperti yang tidak sempat diluahkan David Teo kepada perdana menteri sebelum ditampar: "Sekali air pasang, sekali pantai berubah."

Membayangkan pemimpin PAS baru akan membawa PAS yang berbeza.

Fauzi, peniaga kecil berusia awal 30-an, di awal pagi hari pertama Ramadan, berada di sebuah gerai usang hampir roboh di tepi jalan raya di Bachok untuk membeli daging lembu.

Menurutnya, gerai tersebut dibangunkan seorang penduduk kampung kerana kedua-dua gerai terdahulu yang kerap dikunjungi sudah menaikkan harga jualan.

Jawapan Fauzi apabila ditanya sama ada harga barangan asas stabil atau naik? Dia ketawa.
"Ada harga turun? Harga apa barang?

Dia memperlekehkan ahli politik dengan ketawa sinisnya lagi, sambil terus menunggang motosikal dengan sebelah tangan menggenggam kaki lembu yang masih menitiskan darah:

"Politik. Bila ada pilihan raya, dia janji, dia janji, janji, janji, semuanya hanya janji, tak ada action. Tengok kampung ini. Mana ada action?
Share on Google Plus

About Voice Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan