Apa yang diperjuangkan PAS 1978 hingga 2015 adalah suatu kesilapan?

Oleh Zin Mahmud

Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyertai PAS pada tahun 1978. Melalui ceramah-ceramah beliau, banyak orang menyokong beliau dan menyertai PAS. Beliau meyakinkan banyak orang supaya menentang UMNO.

Beliau menerima kerjasama dengan Parti Semangat 46 dan Parti Keadilan Nasional yang merupakan bekas UMNO untuk sama sama menentang UMNO.

Kerjasama dengan Semangat 46 membolehkan PAS menawan Kelantan. Kerjasama dengan Keadilan membolehkan PAS menawan Terengganu. Tetapi kerjasama dengan DAP membawa PAS menjadi anggota kerajaan negeri di Kedah, Perak dan Selangor.

Tetapi pada tahun 2015, Abdul Hadi Awang meyakinkan sebahagian besar penyokong PAS bahawa musuh utama orang Islam ialah DAP dan bukannya UMNO.

Maka PAS dibawa untuk menentang DAP dan mana-mana parti yang mesra dengan DAP sama ada dari kalangan bekas PAS iaitu Amanah dan bekas UMNO iaitu Keadilan dan Bersatu.

Abdul Hadi Awang menganjurkan politik matang yang dimaksudkannya sebagai mesra UMNO dan anti DAP. Maknanya apa yang diperjuangkan dari tahun 1978 hingga 2015 adalah suatu kesilapan.

Perjuangan PAS dalam tempoh itu adalah sia sia, lagha. Begitu juga dengan penyokong Abdul Hadi dan PAS bagi tempoh itu.
Share on Google Plus

About Voice Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan