Rafizi Sudah Tunaikan Tanggungjawab Buat Laporan SPRM

Oleh Mohd Sayuti Omar

Rafizi Ramli telah melaksanakan tugas dan tanggungjawab sosialnya membuat report kepada SPRM berhubung dakwaannya dana 1MDB yang disedut menerusi SRC International yang dialirkan ke akaun Najib Razak diperpanjangkan kepada akaun Nasharuddin Mat Isa.

Saya kurang pasti apakah tanggungjawab dan keberanian Rafizi itu adalah tanggungjawab peribadi, ataupun sebaliknya. Maksudnya ia tidak ada kena mengena dengan perjuangan partinya. 

Saya mengatakan ini apabila menyedari tidak ada satu kenyataan pun yang keluar dari pemimpin partinya memuji langkah berani dan berisiko yang diambilnya itu. Semua nampaknya diam atau pun tidak peka atau tidak mahu mencampuri urusan "peribadi" Rafizi?

Yang memberi reaksi mengatakan kagum dengan tindakan Rafizi dan ucap syabas ialah Husam Musa, Dr Dzulkifly Ahmad dari Amanah. Kalau tidak salah Lim Kit Siang juga ikut sama bersuara.
Mana suara Azmin Ali, Dr Wan Azizah, Nurul Izzah, Shamsul Iskadar Md Akin, Tian Chua serta yang lain-lain.

Apakah rombongan MB Selangor ke Jakarta masih belum pulang dan mereka belum mendapat maklumat tugasan Rafizi itu atau masih kemabukan asap mobil Kota Jakarta?. Trims.
Share on Google Plus

About Voice Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan