BEKAS ketua pembangkang Anwar Ibrahim bertanya soalan cepu emas hari
ini. Adakah peguam Shafee Abdullah terbabit dalam keputusan Putrajaya
untuk melanjutkan khidmat Ketua Hakim Negara Md Raus Sharif dan Presiden
Mahkamah Rayuan Zulkefli Ahmad Makinudin.
Persatuan peguam kecoh dengan spekulasi yang peguam Perdana Menteri
Najib Razak memainkan peranan penting di belakang keputusan itu.
Anwar berkata beberapa bekas hakim Mahkamah Persekutuan dan Majlis
Peguam menyatakan pentafsiran mereka yang penyambungan itu bercanggah
dengan Perlembagaan Persekutuan.
Ketua umum PKR yang sedang dipenjarakan meminta Najib memberi
penjelasan berhubung dakwaan yang sedang berlegar tindakan kontroversi
itu.
“Saya difahamkan peguam Shafee terlibat dalam menyediakan pandangan
perundangan serta asas untuk memutuskan perkara berkenaan penyambungan
perkhidmatan Raus dan Zulkefli ini.
“Oleh itu, perdana menteri perlu pada kadar segera mengesahkan sama
ada perkara ini benar atau tidak. Sekiranya benar, maka perkara tersebut
perlu dimaklumkan kepada umum secara telus,” katanya dalam satu
kenyataan hari ini.
Pada Jumaat, Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan mengumumkan
Raus akan kekal sebagai ketua hakim untuk tiga tahun bermula 4 Ogos,
selepas pelantikannya sebagai hakim tambahan di Mahkamah Persekutuan.
Zulkefli juga dilanjutkan perkhidmatannya sebagai presiden Mahkamah Rayuan untuk dua tahun dari 28 September.
Peguam mengkritik pelantikan itu dengan Presiden Majlis Peguam George Varughese menganggap ia tidak mengikut perlembagaan.
Amanah juga akan memfailkan semakan kehakiman untuk mencabar keputusan itu.
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan