Oleh Sheikh Omar Ali
Saya memetik artikel siaran portal rasmi PAS di pautan ini yang mengkritik DAP berhubung isu melibatkan Pendaftar Pertubuhan (RoS) baru-baru ini, serta laporan Malaysiakini di sini.
PAS hari ini jelas telah berubah. PAS sudah lupa bahawa dalam apa
juga usaha menegakkan keadilan dan melawan kemungkaran pemerintah,
tekanan dan muslihat jahat pihak musuh merupakan fitrah dan lumrah dalam
perjuangan.
Pengalaman saya dalam PAS dahulu, kami seringkali ditarbiyah bahawa
perjuangan yang benar pastinya akan bertemu titik pertembungan apabila
berhadapan kezaliman. Bahkan ia menjadi bukti bahawa perjuangan yang
kita dukungi berada di landasan yang betul. Mustahil sekali musuh akan
memberi laluan mudah kepada perjuangan menegakkan keadilan dan
kebenaran.
Dalam hal ini, kami juga sering diperdengarkan ayat-ayat Quran
seperti dari surah At-Tawbah yang membawa pengertian ‘Kalau apa yang
engkau serukan kepada mereka (wahai Muhammad) sesuatu yang mudah dan
perjalanannya tidak begitu jauh, nescaya mereka akan mengikutmu; tetapi
tempat yang hendak dituju itu jauh lagi berliku.”
Kami juga sering diceritakan bagaimana perjuangan yang dilalui oleh
para nabi dan rasul tatkala berhadapan pemerintah yang zalim. Mereka
terpaksa berhadapan risiko hatta mengancam nyawa.
Jadi, tekanan serta ancaman yang dikenakan keatas DAP melibatkan RoS –
pada kacamata Islam – bukanlah suatu yang luar biasa. Ia adalah lumrah
dan asam garam dalam perjuangan menegakkan keadilan. Khususnya, disaat
kritikal berhadapan pemerintah kleptokrat yang menindas rakyat hari ini.
Bagi saya, apa yang pelik ialah, PAS pada hari ini yang begitu intim
dengan pemerintah zalim. Dengan segala kemungkaran nyata yang telah
dilakukan oleh UMNO BN yang menekan rakyat dan menjarah harta negara,
bagaimana PAS boleh begitu rapat dan cenderung kepada mereka?
Adakah PAS telah melupakan nasihat para murobbi (pendidik) dan
pemimpin terdahulu mereka sebelum ini? Apakah PAS sudah lupa kata-kata
yang sering diungkapkan oleh Al-Marhum ustaz Fadzil Noor “Ulamak yang
jahat ialah ulamak yang menyerondoi di pintu-pintu umarak”?
PAS sepatutnya memahami perkara ini. Malangnya, sikap yang dipamerkan
menerusi tulisan di portal rasmi parti itu ibarat ‘menyimbah minyak ke
dalam api’. Bahkan, ia menzahirkan lagi sikap PAS yang telah menjadi
lidah kepada pemerintah zalim.
DAP tidak ‘hilang roket’nya. Sebaliknya PAS lah yang telah hilang
jatidiri perjuangan dan menjadi rakan kongsi kepada UMNO BN untuk
mensabotaj usaha DAP dan Pakatan Harapan melawan ketidakadilan di negara
ini. PAS juga telah menjadi ‘tongkat’ mengukuhkan lagi kedudukan
pemimpin kleptokrat
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan