Oleh SAMSUL ADABI MAMAT
Khairy Jamaluddin (Kj)menyatakan mengenai tiga tokoh wajar
meninggalkan pentas politik tanah air. Antara individu yang dimaksudkan
beliau ialah Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia Tun Dr Mahathir
Mohamad.
Dalam kenyataannya itu juga, Kj ada menyebut mengenai politik pascamoden.
Mungkin ramai yg kurang faham mengenai masalah dan istilah pascamoden
ini. Sememangnya pascamoden punyai nilai positif dan negatifnya yang
tersendiri. Sy ada terbaca sedikit dalam tulisan lain mengenai
pascamoden ini.
Antaranya ialah menurut Gary Minda (1996), Michel Foucault dan Edward
Said menyatakan barat telah mendefinisikan identiti sosial menurut
perspektif dan norma mereka, lantas mengenepikan identiti kumpulan
negara dalam kalangan bukan barat.
Apa yang dirasakan baik bagi barat sebenarnya belum tentu baik bagi
yang selain barat. Berikut adalah apa yang Gary Minda maksudkan:
“The goal is to uncover the human identities and dead styles defined
by the symbolic system of meaning in modern thought and then to expose
how the universal identity of the self excludes and disciplines other
self-identities,” dan “The goal of these postmodern critics is freedom
from theory.”(Gary Minda 1996)
Saya ingin membawakan di sini beberapa elemen pascamoden yang bahaya
kepada masyarakat Islam. Melalui tulisan yang saya baca itu
(Pasca-moden: Suatu Gagasan Baru Selepas Moden. al Filsuf (2010)
membawakan pandangan S.M. Zakir, Dr Akbar S. Ahmad dalam bukunya
Postmodernism and Islam, telah membariskan lapan (8) elemen yang menjadi
inti (asas) kepada pascamodeniti.
Berikut saya bawakan salah satu daripada elemen pascamoden yang jika
menimpa seseorang politikus itu maka ia akan membawa bahaya kepada
negara umat Islam serta perlu dihindari oleh golongan muda Islam negara
ini demi masa depan negara. Eleman bekenaan ialah sebagaimana berikut:
Ia dihidupkan oleh roh pluralisme, mempunyai keraguan yang tinggi
terhadap asas-asas tradisional, dan memisahkan kemanusiaan daripada alam
(menghancurkan vertikaliti Tuhan-alam-manusia dalam tradisionalisme);
Jika Kj bepegang kepada politik pascamoden maka beliau mungkin
terjerumus ke lembah keraguan terhadap asas2 tradisional dan memisahkan
kemanusiaan daripada alam. Sebab itulah Kj berkemungkinan kurang
mempunyai sifat menghormati seseorang negarawan.
Jika beliau tidak dapat punyai sifat menghormati yang tinggi terhadap
seorang negarawan ulung tanahair maka dibimbangi pemimpin seperti Kj
yang punyai watak politikus pascamoden ini juga akan terjerumus untuk
tidak menghormati pemimpin lama yg lain. Jika beliau tidak dapat
meletakkan harga yang tinggi untuk menghormati seorang pemimpin negara
yang amat berjasa membangunkan negara sepertiTun M, maka apatah lagi
untuk Kj tunjukkan rasa hormat yang tinggi kepada pemimpin lama yang
lain. Kj berkemungkinan akan terdedah kepada hanya memilih pemimpin
tertentu sahaja untuk beliau hormati yang barangkalinya punyai ciri
politikus pasca moden sebagaimana beliau sendiri.
Orang muda ialah pemimpin masa depan negara. Sebagaimana kita sedia
maklum, Kj sudahpun menjadi kalangan orang muda yang memimpin negara
sekarang ini dan sudahpun bertaraf menteri.
Dengan kenyataan beliau yang terbaru itu saya risau akan masa depan
negara kita jika kita masih punyai pemimpin muda seperti ini yang boleh
kita sifatkan sebagai POLITIKUS MUDA
PASCAMODEN yg tidak Islamik.
Marilah kita berhati-hati memilih pemimpin kita. Marilah kita wahai
golongan muda Islam khasnya menghindari pemimpin muda seperti ini. Malah
janganlah kita sekali-kali memberikan undi kita kepada golongan
pemimpin seperti ini walaupun satu undi. Bersihkan kumpulan kita dan sof
kepimpinan muda kita daripada golongan pemimpin muda yg kelakuannya
tidak keruan seperti ini.
Akhir sekali, saya ingin melontarkan pandangan murni saya agar Kj
datang kepada Yang amat berbahagia Tun Dr Mahathir Mohamad dan minta
maaflah kepada Tun M di bulan yang mulia ini agar Kj mampu membasuh
kembali kesilapan beliau dengan kenyataan yang beliau keluarkan sendiri.
Jika tidak, beliaulah sendiri yang sepatutnya menjadi satu-satunya tokoh muda yang wajar meninggalkan pentas politik tanah air.
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan