SEMBILAN pemimpin PAS menjadi fokus siasatan Suruhanjaya Pencegahan
Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan kes wang RM90 juta didakwa diterima
pemimpin parti Islam itu.
Siasatan itu berhubung dakwaan yang wang berkenaan disalurkan dari 1Malaysia Development Berhad (1MDB) melalui Umno.
Sumber berkata, meskipun tiada bukti transaksi antara akaun bank
rasmi Umno ke PAS namun pasukannya menyiasat transaksi perbankan
persendirian membabitkan semua sembilan pemimpin ini.
“Ada kemungkinan dana itu disalurkan melalui akaun peribadi pemimpin
dan bekas pemimpin itu. Itu yang menjadi fokus siasatan sekarang.
“Semua sembilan pemimpin parti itu akan dipanggil dalam masa terdekat
bagi membantu siasatan,” katanya
Menurut sumber SPRM, tumpuan siasatan itu adalah cara penerimaan wang
berkenaan iaitu perantaraan yang digunakan dalam penyaluran wang itu,
serta perbelanjaan wang tersebut.
Sumber berkata, selain transaksi perbankan, harta luar biasa yang
dimiliki termasuk banglo dan 18 buah kereta dan motosikal berkuasa
tinggi yang mengaitkan individu berkenaan dengan kes ini.
Sumber berkata, berdasarkan rekod semua pemimpin itu memiliki
pelbagai jenis kenderaan mewah termasuk BMW 525, Mini Clubman, Toyota
Vellfire, Toyota Camry dan Toyota Fortuner.
Selain itu, siasatan juga tertumpu pada pemilikan kenderaan jenis
Range Rover, Audi A6, Toyota Altis, Porsche Cayman, Audi Q7, Volkswagen
Passat dan beberapa jenis motosikal berkuasa tinggi.
“Ada yang didaftarkan atas nama sendiri dan tidak kurang juga di atas nama isteri kedua dan ketiga.
“Namun, apa pun biar kami siasat dulu. Ada yang didapati membeli
kereta mewah berharga lebih sejuta secara tunai selain rumah banglo
bernilai lebih RM3 juta di Lembah Klang,” katanya.
Menurut sumber, SPRM akan memastikan sumber kewangan pemimpin PAS itu
dengan meneliti penyata kewangan yang dikemukakan ketika siasatan.
“Tumpuan utama dalam siasatan ini adalah mengenai dakwaan salah laku
rasuah yang berlaku serta bagaimana wang itu digunakan untuk tujuan
tertentu terutamanya dalam pembelian aset secara mengejut dan tunai,”
katanya.
Setakat semalam, SPRM sudah merakam keterangan AJK PAS Pusat Nik
Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz dan bekas timbalan presiden parti itu,
Nasharudin Mat Isa berhubung siasatan kes berkenaan semalam.
Siasatan itu dimulakan susulan laporan polis oleh orang awam selepas
Presiden PAS Abdul Hadi Awang menarik balik saman ke atas editor Sarawak
Report, Clare Rewcastle-Brown berhubung tuduhan berkenaan.
Kedua-duanya menyelesaikan saman tersebut di luar mahkamah London
pada minggu lalu namun artikel 6 Ogos 2016 berhubung tuduhan PAS
menerima wang itu kekal di portal Sarawak Report.
Artikel lapan perenggan itu mendakwa RM90 juta dimasukkan ke dalam
akaun pimpinan tertinggi PAS bagi mempengaruhi parti tersebut supaya
menyokong Umno dan Barisan Nasional.
Awal minggu ini, Sarawak Report menyiarkan satu lagi tulisan mendakwa
peguam Hadi mengakui Nik Abduh sememangnya menerima wang dari Umno
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan