Oleh ZOLKHARNAIN ABIDIN AL-ABYADHI
Bukan untuk berbangga, tetapi sekadar memulahazahkan diri sendiri.
Aku telah mendengar dan memperdengarkan bacaan al-Quran-ku selama tiga
tahun dengan guru sehingga tamat tanpa gugur walaupun sepatah. Bacaan
al-Quran-ku bersanad.
Sudah lebih 10 tahun aku jadi imam solat terawih, dan
sekurang-kurangnya 10 juz al-Quran aku baca dalam solat terawih setiap
tahun. Antara 30 - 40 orang bersolat terawih bersamaku.
Aku sudah berkuliah tafsir di Perlis semenjak hampir 25 tahun yang
lalu dan kini sudah sampai juz yang ke-21. Kuliah itu aku sampaikan
dengan nota yang aku sediakan sendiri berpandukan beberapa kitab tafsir
muktabar. Kini kuliah itu masih berlangsung.
Tidak ada hari yang aku tak baca al-Quran dan aku khatam al-Quran
dalam tempoh tertentu tanpa leka. Di rumahku juga ada beberapa kitab
tafsir muktabar yang aku rujuk termasuk puluhan versi tafsir ada dalam
Maktabah Syamilah komputer riba aku.
Anak-anak aku juga, aku dan keluarga aku sendiri yang ajar mereka
membaca al-Quran. Tidak ada seorang pun anak-anakku yang tak tahu baca
al-Quran, bahkan mereka boleh membaca dangn lancar semenjak awal usia
lagi. Ada yang menghafaz al-Quran secara bersendirian.
Dalam realiti itu, dua tahun lalu aku nekad keluar Pas. Aku ulang,
aku keluar Pas secara nekad dengan menyertai Amanah. Dan, semasa dalam
Pas dan selepas keluar Pas, begitulah rutin kehidupan aku bersama
al-Quran, tidak pernah berubah.
Aku percaya, ribuan ahli Amanah juga kehidupan mereka dengan al-Quran
sama seperti aku, bahkan aku yakin ada yang lebih baik berpuluh kali
ganda berbanding aku. Mereka juga bekas ahli Pas. Hal yang sama juga ada
pada mereka yang tak pernah pun masuk Pas.
Tiba-tiba Abdul Hadi berkata, sesiapa keluar Pas buta al-Quran.
Hah... buta al-Quran-kah aku dan kami? Jika setara aku dan kami (maaf,
bukan untuk bangga) masih dikata buta al-Quran, setara manakah baru
dikira tak buta al-Quran? Adakah semua orang Pas sekarang tidak ada yang
buta al-Quran, atau mereka dikira celik al-Quran kerana bersama Pas dan
bukan bersama al-Quran?
Aku kenal ramai orang Pas, bahkan begitu kuat dukung Pas, baca
al-Quran pun merayap-rayap.
Apabila ada usrah, dia mengelak untuk baca
al-Quran kerana takut diketahui tak tahu baca al-Quran. Adakah mereka
tak dikira buta al-Quran? Oh tidak dikira begitu sebab mereka orang
Pas...! Begitukah?
Maafkan aku wahai Abdul Hadi. Usahlah kamu rasa diri kamu dan parti
kamu suci tanpa noda. Usahlah kamu cuba persoalkan nilai agama orang
lain. Usahlah kamu ambil kerja Tuhan utk menentukan kesyurgaan atau
kenerakaan orang lain. Jadilah hamba Tuhan, bukan cuba jadi Tuhan...!
Inilah teguran tulus daripada Zola untuk Abdul Hadi. Zola cerita
tentang diri Zola sendiri bukan untuk bangga, tapi Zola tak ada maklumat
tentang diri orang lain. Itu saja. Sekadar itu saja...! Semoga cerita
ini menjadi iktibar kepada semua yang baca posting Zola ini
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan