Perlu sertai gerakan Islam hadapi musuh

Oleh SALMAH MAT HUSAIN 

KOTA BHARU: Bagi menghadapi tentangan musuh yang semakin berani menentang agama Allah, sudah sampai masanya umat Islam menyertai kumpulan atau gerakan Islam.

Timbalan Presiden PAS, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, langkah tersebut begitu penting bagi menguatkan saf Islam bagi menghadapi tentangan musuh.

“Umat Islam juga perlu bersatu menghadapi musuh yang datang dengan pelbagai wajah.

“Yahudi dan Nasara sebelum ini tidak boleh bersatu. Bagaimanapun ketika hendak melawan Islam mereka boleh bersatu,” katanya ketika menyampaikan kuliah khas pagi Jumaat.

Program tersebut diadakan sempena Ijtima Antarabangsa Perpaduan Ummah Rantau Asia Ke-4 di Dataran Stadium Sultan Muhammad Ke-1V.

Menurutnya, orang Islam secara individu tidak mampu menghadapi tentangan musuh yang semakin mara sekarang.

Sebaliknya kata beliau orang Islam perlu bersama dalam saf Islam sebagaimana yang diajar Rasulullah s.a.w.

Tuan Ibrahim juga berkata, musuh kini berjaya mewujudkan perasaan ragu-ragu dalam kalangan orang Islam terhadap perjuangan yang ditinggal Rasulullah s.a.w. “Kerana itu sering berlaku penghinaan terhadap ulama yang ditularkan di media sosial sekarang.

“Tindakan itu begitu bahaya kerana akhirnya umat Islam akan rujuk sesuatu isu agama kepada golongan jahil kerana tidak lagi percayai ulama,” ujarnya.

Beliau yang juga Pengerusi Bersama Jawatankuasa Induk ijtimak tersebut berkata, penghinaan terhadap ulama bukan lagi perkara biasa, sebaliknya dilakukan dengan agenda tersirat.

Contohnya, ada pihak yang mendakwa pendakwah terkenal Dr Zakir Naik sebagai pengganas. Begitu juga Dr Syeikh Yusof Al-Qaradhawi turut dilebalkan sebagai teroris bagi memberi imej buruk terhadap ulama.

Turut hadir pada kuliah tersebut anggota-anggota Exco kerajaan negeri, wakil-wakil rakyat, pimpinan PAS peringkat pusat dan jemputan luar negara.










Share on Google Plus

About Voice Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan