Ijtimak antarabangsa tingkat perpaduan ummah

Oleh ASLAN M 

KOTA BHARU: Ijtimak Antarabangsa Perpaduan Perpaduan Ummah kali ke-4 yang berlangsung di Kota Bharu baru-baru ini diharap melahirkan natijah bagi meningkatkan perpaduan ummah.
Timbalan Menteri Besar, Dato’ Mohd Amar Abdullah berkata ijtimak terbabit memberi kebaikan kepada seluruh umat Islam.

Katanya nasib umat Islam yang dirundung malang dengan pelbagai sengketa perlu dikembali kepada perpaduan ummah.

“Nasib umat Islam perlu kita perjuangkan. Saya berharap inilah natijah yang perlu dicapai pada ijtimak tersebut.

“Ijtimak ini akan lahir natijah bagi meningkat perpaduan dalam kalangan umat Islam,” katanya ketika merasmikan praperasmian ijtimak di Dataran Stadium malam Jumaat lepas.

Hadir sama Timbalan Presiden PAS, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man, naib presiden, Ustaz Idris Ahmad, Ijtimak antarabangsa tingkat perpaduan ummah Speaker Dun Kelantan, Dato’ Abdullah Ya’kub, anggota-anggota Exco, wakil rakyat dan pegawai kerajaan.

Mohd Amar juga berkata, hujan lebat pada ijtimak malam itu dianggap sebagai petanda akan lahir seorang pemimpin yang hebat di zaman ini.

Sebelum ini, Timbalan Mursyidul Am PAS, Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob berkata, Barat bimbang menjelang genap 100 tahun tumbangnya Khalifah Othamaniah di Turki pada 1924, akan lahir seorang mujadid yang agung.

“Kerajaan Kelantan merakam ucapan terima kasih kepada Kesatuan Ulama Islam Sedunia kerana memilih negeri tersebut sebagai lokasi ijtimak.

“Kita sedia memberi kerjasama bagi menjaya pelbagai program lain pada masa akan datang,” katanya.

Menurutnya juga ijtimak tersebut turut mendapat kerjasama pihak keselamatan apabila menghantar lebih 900 anggota bertugas sepanjang ijtimak berlangsung.

Malah Polis Diraja Malaysia juga menempatkan sebuah pondok polis bergerak di Dataran Stadium.
Manakala kawalan lalu lintas pula dikendalikan anggota Jabatan Amal dan penguat kuasa Majlis Perbandaran











Share on Google Plus

About Voice Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan