Oleh DR AZMAN IBRAHIM
JUMPA dengan seorang kawan pimpinan
dari Parti Bersatu pada satu Majlis Jamuan Aidilfitri. Berkali-kali dia
duduk ulang bahawa PAS perlu fokus lawan Umno dalam PRU14.
Saya
jawab, PAS memang fokus untuk lawan Umno/BN dalam PRU. Fokus bukan hanya
dengan kata-kata, tapi dengan tindakan. Fokus ini tak pernah beralih
arah sehingga ke saat ini. Semakin hari semakin fokus dan semakin fokus.
Lawan Umno dalam PRU bukan bermakna setiap hari kita perlu
maki Umno dalam kedai kopi. Lawan Umno bukan bermakna kita kena buat
seteru dengan semua orang Umno di sekeliling kita.
Lawan Umno bukan
bermakna pemimpin PAS langsung tak boleh duduk satu majlis dengan
pemimpin Umno. Lawan Umno bukan bermakna haram sama sekali pakai baju
warna yang sama dipakai oleh orang Umno. Lawan Umno bukan bermakna
sakit, demam dan mati orang Umno kita jangan pergi ziarah. Lawan Umno
bukan bermakna kita perlu bertegang urat leher dan berbeza pendapat 24
jam sehari. Lawan Umno juga bukan bermakna antara kita tiada langsung
titik persamaan yang membolehkan kita duduk berbincang demi kepentingan
rakyat dan negara.
Kesempitan pemahaman politik menyebabkan
ramai yang gagal memahami keperluan seorang Menteri Besar dari PAS
berjumpa dan berunding dengan Perdana Menteri dari Umno. Jumudnya
pemikiran politik sehingga apabila Presiden PAS berada sepentas dengan
Presiden Umno demi memperjuangkan isu ummat Islam sejagat maka
bergegarlah gema UG. Terkongkongnya minda dan IQ sehingga berbaju melayu
warna sedondon juga menjadi modal yang dijaja bertahun-tahun. Betapa
tak ada modal politik sehingga pergi letak tukun tiruan dalam laut
sebagai rumah ikan pun berdepan dengan fitnah UG.
Lawan Umno
bermakna lawan untuk mengalahkan Umno dalam PRU. Bukan kita lawan untuk
belasah dan halau orang Umno. Tapi kita nak jemput orang Umno berpindah
dari kapal Umno yang sedang mereput dan hampir karam untuk menaiki
kapal PAS yang teguh belayar. Kerosakan yang menimpa kapal Umno sudah
terlalu parah. Enjin sudah tak boleh dibuat overhaul lagi dan kemudinya
juga sudah patah. Pelayarannya bersimpang siur tanpa tujuan yang jelas.
Anak-anak kapal sudah sedar sebenarnya akan hakikat yang menimpa kapal
mereka. Tapi mereka kekal berada di atas kapal ini kerana masih ada
simpanan harta karun dalam perut kapal yang boleh direbut sebagai
habuan. Demi habuan ini, mereka pejamkan mata seketika.
Kita
perlu ajak mereka untuk buka mata dan berfikir lebih jauh ke depan.
Berfikir akan nasib anak cucu nanti. Berfikir tentang survival tanah air
dan negara tercinta. Paling penting kita wajib berfikir dan berpolitik
tanpa melupakan apa yang akan kita hadapi dalam kubur kelak.
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan