Oleh Mohd Sayuti Omar
Pihak Pakatan Harapan telah menghantar permohonan kepada
Pendaftaran Pertubuhan (RoS) untuk mendaftarkan Harapan sebagai sebuah
gabungan parti politik. Perkara ini diumumkan oleh Pengerusi Harapan Dr
Mahathir Mohamad dalam sidang akhbarnya hari ini.
Katanya permohonan itu dibuat menerusi talian seperti mana dikehendaki oleh RoS.
Sama ada Harapan akan diluluskan sebagai sebuah gabungan politik seperti
BN, ia ditunggu dengan penuh debaran oleh orang ramai. Mungkin pimpinan
Harapan sudah dapat membaca apa keputusan yang bakal diterima nanti.
Namun kerana ia ada peluang dan jaminan ia dilakukan juga mengikut
prosuder yang ada.
Sebelum ini pihak kerajaan memberi jaminan, bahkan
mencabar agar parti-parti pembangkang menubuhkan sebuah gabungan dan
didaftarnya untuk berdepan dengan BN secara gentlemen. Cabaran sudah
disahut namun kelulusan sebuah gabungan pembangkang tidak pernah menjadi
kenyataan.
Sewaktu Pakatan Rakyat dahulu ia pernah dipohon didaftarkan sebagai
gabungan oposisi tetapi tidak diluluskan dengan berbagai alasan
teknikal.
Kini cabaran itu telah disahut sekali lagi.
Bagaimana pun dalam firasat saya permohonan Harapan itu tidak akan
dilulsukan. Ia akan diolak dengan berbagai alasan dan teknik. Amat
mustahil ia akan diluluskan. Zahid Hamidi sebagai menteri KDN
bertanggungjawab dalam hal ini sama sekali tidak berani untuk
membenarkannya kerana jika Harapan diluluskan ia sepertilah membukan
jalan lebar kepada Harapan untuk menumbangkan kerajaan kleptokrasi.
Lainlah kalau Zahid juga mempunyai hajat sama untuk menumbangkan
kerajaannya sendiri apabila dia sudah menghidu yang hayatnya dalam parti
itu dengan kedudukkan kini tidak begitu selamat lagi.
Sekiranya RoS menolak permohonan itu parti-parti Harapan perlu
menyediakan pelan kedua untuk menghadapi pilihan raya. Hanya ada dua
kemungkinan bakal diambil, parti-parti gabungan itu bertanding atas
tikit masing-masing atau pun memilih untuk menggunakan satu simbol
sahaja derngan memilih mana-mana simboil di antara empat buah parti
gabungan itu, Bunga Raya, Mata, Roket atau pun Gunung atau Obor
(Amanah).
Yang penting kini Harapan perlu mengestbelishkan gabungan itu di
kalangan rakyat dan menunjukkan solidariti yang utuh bagi diyakini
rakyat. Aspirasi dan agenda Harapan biarlah berada dalam jiwa rakyat.
Bila aspirasi sudah tertanam di jiwa, bertandinglah atas apa simbol
sekali pun rakyat akan bersama Harapan.
Manakala penolakan permohonan Harapan itu bolehlah dianggap BN sudah
mulai kecut perut untuk berhadapan secara satu lawan satu dalam pilihan
raya akan datang.
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan