1 Lawan 1 Adalah Langkah Terbaik



Rundingan satu lawan satu telah menjadi formula yang diolah oleh Saudara Anwar Ibrahim dalam gabungan Pembangkang sewaktu siri-siri Pilihanraya Umum yang lepas dan ianya terbukti ampuh menentang jentera Barisan Nasional.

Keadilan telah berusaha keras meneruskan rundingan dengan PAS walaupun parti tersebut tidak menyertai gabungan Pakatan Harapan. Mengelak pertembungan tiga penjuru adalah tidak mustahil dilakukan walaupun mungkin bukan untuk semua kerusi, tetqpi sekurang-kurangya cukup bagi menumpaskan BN dan mengambil-alih Putrajaya.

Wanita Keadilan melihat adalah lebih strategik untuk menyertakan PAS dalam blok Pembangkang daripada turut menentangnya dalam Pilihanraya.

Walaupun PAS tidak bersama Pakatan Harapan, Keadilan mempunyai peranan untuk memastikan pertembungan tiga penjuru dielakkan atas usaha menawan 130 kerusi Parlimen.

Di kawasan yang mempunyai majoriti pengundi Muslim, pecahan undi hanya bermakna BN akan menang mudah.

Walaupun ada segelintir rakan-rakan yang mungkin tidak menghargai usaha rundingan ini, manfaat besarnya adalah untuk semua parti dalam gabungan Pakatan sekiranya PAS bersetuju untuk tidak bertembung tiga penjuru.

Perkara ini bukanlah berkaitan dengan usaha menarik PAS agar bersetuju dengan
ideologi dan polisi bersama Pakatan.

Keutamaan terbesar rundingan ini sekarang ialah berkaitan dengan angka-angka dan misi memenangi Pilihanraya Umum kali ini.

Dengan PRU yang semakin hampir, ahli akar umbi PAS masih jelas bersama dengan pembangkang. Kami optimistik bahawa penyelesaian praktikal adalah segalanya yang kita perlukan kini untuk meningkatkan peluang Pakatan untuk memenangi PRU akan datang.

Ini adalah teras kepada strategi terbaik menumbangkan BN. Apa yang perlu kita lakukan sekarang adalah mengusahakannya bersama dan menjadikannya satu gerakan bersama.

Dan yang paling penting, Keadilan perlu mempunyai kepekaan dan kepedulian terhadap situasi di akar umbi dengan memperkukuhkan jentera pilihanraya dan bersedia mendepani cabaran sebagai barisan hadapan dalam PRU yang akan datang ini.

YB Hajah Zuraida Kamaruddin
Ketua Wanita Keadilan
Ahli Parlimen Ampang
Share on Google Plus

About Voice Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan