1MDB ada 5 hari untuk jelaskan RM2.6 bilion

DANA pelaburan asing Abu Dhabi memberikan tempoh lima hari kepada dana pelaburan negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) untuk membayar AS$600 juta (RM2.6 bilion) yang sepatutnya dibayar semalam. Sekiranya dalam tempoh itu, 1MDB masih gagal, ia akan “tertakluk kepada tanggungjawab tambahan”, menurut kenyataan yang dilaporkan Reuters hari ini.

Mubadala yang kini memiliki International Petroleum Investment Co (IPIC) mengeluarkan kenyataan itu sebagai balasan kepada janji 1MDB untuk membuat pembayaran “dalam bulan ini” selepas 1MDB gagal menjelaskan hutang itu semalam.

“Dalam perjanjian, wujud tempoh bertenang lima hari untuk MOF (Kementerian Kewangan) dan 1MDB untuk menjelaskan bayaran sebelum MOF dan 1MDB tertakluk kepada bayaran tambahan,” kata Mubadala.

Mubadala tidak menjelaskan tanggungjawab tambahan itu.

April lepas, 1MDB bersetuju untuk membayar IPIC AS$1.2 bilion melalui dua kali bayaran menjelang hujung tahun ini, selepas proses arbitari yang dilakukan secara tertutup.

1MDB dan Kementerian Kewangan juga bertanggungjawab sepenuhnya untuk semua bayaran faedah dan asas dua bon itu, yang jumlah keseluruhan bernilai AS$3.5 juta
Share on Google Plus

About Voice Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan