Khairuddin: Biar SPRM siasat pegawai Mat Sabu, Rafizi jangan campur

KUALA LUMPUR, 30 Ogos — Naib presiden PKR Rafizi Ramli digesa tidak masuk campur kes pembantu Menteri Pertahanan Mohamad Sabu yang muflis.

Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan, seorang anggota Parti Amanah Negara (Amanah) menyeru bekas wakil rakyat itu menunggu siasatan selesai.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat dakwaan bayaran “meragukan” kepada pembantu menteri itu untuk menyelesai kes muflis.

“Biarlah SPRM yang siasat sehingga rumusan siasatan dibuat. Rafizi jangan masuk campur di peringkat ini,” catat Khairuddin di Facebook.

Dua minggu lalu, Rafizi melampirkan dokumen, berjumlah RM800,000, mendakwa pegawai itu menerima empat bayaran yang “meragukan”.

Ia berjumlah RM318,525, RM100,000, RM300,000 dan RM100,800 dalam masa dua hari iaitu pada 30 dan 31 Mei lalu, kata pemimpin PKR itu.

Mohamad sebelum ini berkata beliau tidak berkompormi berkaitan integriti malah bekerjasama dengan SPRM jika ada stafnya yang terlibat rasuah.

Dalam kenyataannya hari ini, Khairuddin menyindir Rafizi sebagai “seorang yang bijak tetapi kadang kala beliau kurang bijaksana.”

“Ini saja masalah dengan Rafizi Ramli,” kata bekas pemimpin Umno itu, yang selama ini dilihat dekat dengan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Tidak jelas kenapa beliau mengeluar kenyataan tersebut dua minggu selepas ia muncul.

Pembantu Mohamad diisytiharkan muflis oleh Jabatan Insolvensi Malaysia tetapi hutangnya dilunaskan sebelum berkhidmat dengan menteri tersebut.
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan