Cara serangan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad.

Oleh Zaharin Mohd Yasin 

Pagi kemarin saya minum di tanglin. Masa nak pulang. Terserempak dengan pegawai UMNO Hq. Saya beri pandangan jangan dihentam Tun Dr Mahathir Mohamad. Takut terpercik air kemuka sendiri.

Jika nak hentam beliau.. cari sahaja ucapan beliau yang dulu2 dan bandingan dengan sekarang, jangan sentuh soal apa dia buat masa dia jadi Perdana Menteri.

Pembangkang tidak mati. Dia akan hidup secara turun temurun dan selagi ada bulan dan matahari.
Salepas Tun tidak berpolitik lagi, apa pemimpin UMNO kata kepada Tun Dr M, akan digunakan untuk menyerang UMNO, Sekarang pun UMNO telah mengesahkan ada tuduhan pembangkang saperti Forex dan Memali masa Tun Dr M jadi PM, sah dan betul. Walau pun berbuih para Menteri dia menafikan termasuk yang menyerang sekarang. Jika tidak, buat apa di tubuhan RCI?.

Maknanya apa sahaja tuduhan Pembangkang yang dinafikan hari ini mungkin akan dikatakan benar oleh UMNO sendiri.. Jika tak percaya tunggu UMNO kalah dlm Pru Ke14, tentu ahli UMNO akan menyalahkan pemimpin yang ada sekarang.

Maka berhati-hatilah menyerang Tun Dr M, jika nak buat serangan gunakan pendekatan saperti contuh ini.

Bandar Sri Permaisuri
Ogos 23, 2017.





Share on Google Plus

About Voice Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan