Oleh: Mohamad Zuhdi Mat Piah
1. Saya hairan dengan sikap Salahuddin Ayub yang juga Timbalan Presiden,
Parti Amanah Negara dalam isu Memali, mungkin beliau sudah lupa atau
buat-buat lupa sehingga sanggup menjilat ludah rakan seperjuangannya
sendiri.
2. Sebagai manusia sekurang-kurangnya, kamu timbang rasalah perasaan
kami, hati kami sebagai anak-anak dan waris mangsa Memali yang kamu
sendiri pernah bela dulu, kamu sendiri pernah dengar dan berkongsi apa
yang kami rasa. Kamu dengar luahan hati kami apa yang ramai orang lain
tidak dengar dan tidak tahu hingga kamu mengaku bersimpati pada kami
tapi kini, apa yang kamu suarakan telah teramat melukakan hati kami.
3. Kalau pun bertukar parti, ideologi, jangan sampai 'hanyut' gadai
maruah diri, prinsip, jadi penjilat ludah dan sanggup berbohong apa yang
sudah diketahui umum, sanggup menafikan kata-kata yang terbit dari
mulut sendiri suatu ketika dahulu, di mana harga diri kamu sebagai
seorang pemimpin?
4. Peristiwa Memali bukan hanya disebut dan diulang sekarang ini sahaja,
bahkan setiap tahun diadakan majlis memperingati syuhada Memali, bukan
hanya di Memali, Baling kekadang dibuat di luar dari Kedah.
5. Di antara tokoh utama yang berceramah berkaitan Memali adalah Mat
Sabu, Mahfuz Omar, begitu juga Salahuddin Ayub yang pernah menjadi Ketua
Pemuda PAS Pusat satu ketika dulu.
6. Dalam satu ceramah Mat Sabu di Memali sekitar tahun 2015, Mat Sabu
menyebut bahawa "Peristiwa Memali kita sebut dan kita ulang kerana ia
satu peristiwa yang paling pahit dalam sejarah selepas merdeka".
7. Tambah Mat Sabu lagi "Seperti juga di peringkat antarabangsa,
peristiwa Holocaust, terus disebut sampai ke hari ini, kejadian yang
berlaku di mana penduduk-penduduk yahudi dizalimi oleh Hitler dan
rakan-rakannya pada waktu itu daripada pemerintahan Nazi, oleh kerana
peristiwa itu adalah peristiwa tidak berperikemanusiaan, ia disebut
terus, walaupun ada usaha melarang jangan lagi disebut peristiwa itu".
8. Kemudian Mat Sabu menambah "Begitu juga peristiwa sebelum merdeka,
pembunuhan penoreh getah di Batang Kali Selangor oleh polis British,
dituntut dan disebut sehinggalah kerajaan British waktu itu akui dan
membayar pampasan kepada keluarga yang terlibat dalam peristiwa
tersebut. Maka begitu juga peristiwa Memali, kita menyebut dan kita
ulang hampir setiap tahun".
Rujukan: https://m.youtube.com/watch?v=rMkyJaGd044
9. Jadi, kenapa Salahuddin Ayub tiba-tiba bagaikan baru keluar dari gua dan meroyan lalu menyatakan "PAS POLITIKAN ISU MEMALI"?
10. Sekali lagi saya ulangi, Isu Memali kini bukan PAS yang mula
timbulkan, TETAPI ianya dicetuskan oleh Pengerusi Pakatan Harapan Tun
Mahathir sendiri ketika memberikan jawapan yang tidak bertanggungjawab
dalam program Nothing To Hide di Shah Alam baru-baru ini. Patut
Salahuddin Ayub kecam Tun M!
11. Secara jelas, Isu Memali pernah dibawa dan dibentang dengan tegas di
parlimen oleh ketua pembangkang satu ketika dahulu iaitu Almarhum Dato
Ustaz Fadzil Noor, dalam masa yang sama bangun mencelah oleh Mahfuz Omar
membacakan beberapa laporan dakwaan terhadap kes Memali yang mana
arahan pembunuhan ke atas Ustaz Ibrahim dan pengikutnya adalah daripada
Tun M sendiri yang ketika itu sebagai Perdana Menteri dan Presiden Umno.
Ini disebut dalam parlimen!
12. Mahfuz Omar sendiri seolah mencadangkan kepada ketua pembangkang
supaya Tun M diseret ke mahkamah untuk didakwa atau sekurang-kurangnya
satu public inquiry atau suruhanjaya penyiasat dilakukan secara terbuka.
Rujukan: https://m.youtube.com/watch?v=erliYBXspDY
13. Malah kertas putih fakta Memali di parlimen satu pembohongan dan
palsu, dan dinafikan oleh semua balu syuhada dan mangsa terlibat,
sebagaimana kata Abang Mat Sabu "Kertas putih dah jadi kertas hitam".
Mat Sabu juga pernah sebut dengan lantang bahawa "Tangan Mahathir
berlumuran darah Memali" adakah kini kamu menjilatnya kering?
14. Jadi, jika Salahuddin Ayub bertanggungjawab dengan kenyataannya,
saya bersedia untuk sepentas dengan beliau dalam isu Memali ini,
Salahuddin boleh pilih mana-mana kawasan di Kedah, atau lebih afdhal di
Baling yang mana Memali terletak di kawasan Baling.
15. Saya juga menyokong gesaan PAS supaya Suruhanjaya Diraja @ RCI bagi
menyiasat peristiwa berdarah yang berlaku 32 tahun lalu dan bawa mereka
yang bersalah dan terlibat ke muka pengadilan. Inilah yang diperjuangkan
sejak sekian lama dulu, bukan isu baru timbul!
Mohamad Zuhdi Mat Piah
Anak Mangsa Memali 1985
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan