PETALING JAYA: Projek Bandar Malaysia yang terbengkalai, kegagalan
IMDB membayar balik hutang dan skandal pembelian Scorpene yang kembali
hangat adalah cukup untuk menyulitkan Datuk Seri Najib Razak menetapkan
tarikh pilihan raya umum ke-14, kata Dr Dzulkefly Ahmad.
Pengarah strategi Amanah itu berkata beberapa perkembangan terkini
bukan sahaja membuatkan perdana menteri “rimas” tetapi juga “kaget”.
“Kalau pun Najib telah mencongak-congak tarikh membubar Parlimen,
kini semuanya menjadi pudar dan Najib kembali tercari-cari. Situasi ini
amat siksa dan menyiksakan.
“Apakah lebih baik Najib berundur sahaja bagi menyelamatkan partinya
atau Umno undurkan Najib?” kata Dzulkefly, yang bagaimanapun
mempersoalkan sama ada wujud calon yang boleh menggantikan Najib.
Dzulkefly merujuk beberapa siri laporan yang dilihat memberi kesan
kepada Najib, termasuk langkah pihak berkuasa Perancis memulakan
prosedur mendakwa bekas penasihatnya Abdul Razak Baginda atas tuduhan
rasuah dalam pembelian 2 kapal selam Scorpene ketika Najib menjadi
menteri pertahanan pada 2002.
Isnin lalu, 1MDB mengakui ia gagal membuat ansuran pertama hutang
AS$1.2 bilion kepada syarikat IPIC milik Abu Dhabi, sebaliknya memohon
tempoh akhir dilanjutkan 5 hari.
Dzulkefly turut merujuk projek Bandar Malaysia yang ditimpa masalah
selepas syarikat Dalian Wanda dari China disekat kerajaan China daripada
meneruskan hasratnya mengambil alih pembinaan projek mega itu.
Dalian Wanda dialu-alukan Najib sebagai pengganti konsortium IWH-CREC yang dibatalkan kontraknya oleh kerajaan.
Menurut Dzulkefly, masalah yang melanda Bandar Malaysia adalah
disebabkan “kegopohan Najib” yang “tergesa-gesa” menamatkan kontrak
IWH-CREC.
Katanya, ia ditambah dengan rancangan presiden China melawat Malaysia yang tidak menjadi.
“Nasib malang menimpa PM Najib bagai tiada penghujung,” kata Dzulkefly.
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan